Selasa, 9 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


20,000 ditawar kerakyatan

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

20,000 ditawar kerakyatan

KOTA BHARU – Pas Kelantan mendakwa terdapat hampir 20,000 rakyat Thailand, Kemboja dan Vietnam yang masuk ke Kelantan dalam kumpulan yang ramai sejak enam bulan lalu untuk apa yang disyaki sebagai tujuan politik pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kegiatan memasukkan mereka ke negeri ini begitu aktif setiap hari di Rantau Panjang.

"Pas Pusat mendapat maklumat rakyat negara jiran itu dibawa masuk dengan bas ke negara ini sebelum dipecahkan melalui pengangkutan awam ke negeri lain dan kami juga mendapati rakyat asing ditawarkan mendapat kerakyatan Malaysia dengan syarat mereka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 nanti.

"Perkara ini menunjukkan kerajaan terdesak untuk meningkatkan bilangan undi menyokong BN sehingga sanggup membenarkan rakyat berstatus penduduk tetap (PR) mendapat kerakyatan segera," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata demikian ketika mengulas kewujudan warga asing berstatus PR yang mendapat taraf warganegara tetap dan didaftar sebagai pengundi dalam suku kedua Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pas dakwa usaha keliru data pemilih

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pas dakwa usaha keliru data pemilih MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, beliau mempunyai maklumat berkaitan pembabitan agensi tertentu yang merancang untuk mengelirukan data pemilih.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, penyelewengan dan penipuan agensi kerajaan kini semakin hebat bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat kekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke–13 (PRU-13).

"Bukan perancangan itu sahaja tetapi tarikh pilihan raya akan datang pun mereka hendak menipu. Di negara lain, lima tahun sebelum pilihan raya mereka telahtahu tarikh sebenarnya pilihan raya yang akan diadakan.

"Di negara kita tiada tarikh diketahui dengan jelas. Di situ juga wujud penipuan. Malah, kerajaan tidak berani benarkan setiap parti ada akhbar hariannya sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Hadi berkata demikian di majlis penyampaian bantuan pek makanan kepada 126 penerima yang kurang bernasib baik dari 18 cawangan di Masjid Kampung Rhu Muda di sini.

Menurutnya, bagi Pakatan Rakyat (PR), siapa jadi Perdana Menteri tidak penting. Yang penting adalah sistem pilihan raya perlu adil dan telus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved