Selasa, 9 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lelaki dituduh rogol anak jiran

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lelaki dituduh rogol anak jiran KUANTAN - Seorang lelaki terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila dia terpaksa menyambutnya di penjara gara-gara perbuatan kejinya merogol gadis kurang upaya bawah umur yang juga anak jirannya sendiri di sebuah Felda, dekat Pekan, 19 Julai lalu.

Tertuduh, Abdul Mubin Muhammad, 51 yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam terpaksa ditahan reman hingga 7 September depan selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang membantah ikat jamin terhadapnya.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan permohonan pihak pendakwaan selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang tinggal bersebelahan rumah tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak gadis jirannya yang baru berusia 13 tahun 7 bulan itu di rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3 petang, 19 Julai lalu.

Akibat perbuatan kejinya itu, tertuduh berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mengambil kira pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, mahkamah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan seterusnya.

Bagaimanapun dalam tempoh itu, tertuduh terpaksa ditahan di penjara kerana tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved