Selasa, 9 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pandu laju punca nahas

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pandu laju punca nahas KUALA SELANGOR - Hilang kawalan akibat memandu laju, itu antara punca utama kemalangan yang berjaya dikesan polis berlaku di laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR Expressway), di sini sejak ia mula dibuka kepada orang ramai, Jun lalu.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Cif Inspektor Roslan Ismail berkata, siasatan awal yang dilakukan ke atas setiap laporan kemalangan yang diterima mendapati, kegagalan mengawal kenderaan yang dipandu laju punca pemandu terbabas.

Menurutnya, dalam sesetengah kes, sikap pemandu yang kurang peka terutama terhadap keluar masuk simpang di sepanjang laluan berkenaan mengundang risiko kemalangan berlaku.

"Pandulah secara berhemah, pengguna perlu berwaspada dan berhati-hati dengan laluan susur yang ada berikutan ia masih baru dibuka, memandu secara melulu dan laju hanya membahayakan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.

Roslan berkata, kadar kemalangan ketika musim perayaan boleh dikurangkan jika pengguna jalan raya sedar dengan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, meskipun pengguna tidak dikenakan bayaran tol (sehingga 31 Ogos ini), peraturan sedia ada seperti peringatan had laju tetap perlu dipatuhi.

"Banyak kes yang kita terima, kebanyakan berpunca dari kenderaan yang dipandu laju, ada satu kes, seorang pemandu dikatakan cuba mengelak melanggar anjing liar ketika melintas sehingga menyebabkan kemalangan.

"Dalam kes lain pula, sebuah kenderaan terjunam masuk ke laluan mati, juga akibat dipandu laju," katanya.

Terdahulu, lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu dibina dengan kos RM958 juta untuk menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Pengguna lebuh raya berkenaan tidak dikenakan bayaran tol selama dua bulan sehingga 31 Ogos ini.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved