Sabtu, 13 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sembunyi kasut bawah tilam

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sembunyi kasut bawah tilam ARAU – Bagi mengelak ditahan penguat kuasa, sepasang penjawat awam berusia lingkungan 20-an sanggup menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk menyembunyikan pakaian dan kasut di bawah tilam.

Namun, taktik itu tidak berhasil dan dapat dihidu penguat kuasa yang menjalankan operasi bersepadu maksiat di bulan puasa, apabila mereka ditahan di sebuah hotel murah di Arau, malam semalam.

Pengerusi Portfolio Kacau Ganggu dan Halangan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Chan Poo Pee berkata, apabila pintu bilik yang didiami pasangan itu diketuk hampir sepuluh minit, seorang remaja perempuan yang dalam ketakutan membuka pintu.

Namun, teman lelakinya yang dipercayai berasal dari Kedah dan bekerja di Pulau Pinang itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam bilik air tanpa memakai baju.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai sepasang kasut milik lelaki itu yang disembunyikan bawah tilam manakala pakaiannya sudah disimpan dalam almari.

"Ketika disoal, remaja perempuan itu memberikan alasan datang ke bilik murah berkenaan untuk menemani pasangannya menyalin pakaian.

"Kita mengambil tindakan menahan pasangan penjawat awam itu kira-kira jam 11 malam selepas didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel," katanya kepada selepas menjalankan operasi bersepadu maksiat Ramadan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), polis dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Poo Pee berkata, pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat Agama Islam Perlis untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi yang mensasarkan hotel-hotel murah, pusat karaoke, pusat urut refleksologi di sekitar Arau dan Kangar itu, AADK turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 19 remaja termasuk tiga wanita yang mengunjungi pusat karaoke.

Bagaimanapun, tiada yang ditahan selepas ujian berkenaan.

Dalam operasi itu Poo Pee berkata, MPK turut mengeluarkan tiga saman kepada pemilik premis hiburan yang beroperasi melebihi masa dan lesen premis tamat tempoh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved