Sabtu, 13 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bas ekspres masuk parit

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bas ekspres masuk parit LIPIS - 29 penumpang bas ekspres yang kebanyakan sedang lena selepas selesai bersahur di sebuah hentian rehat dikejutkan dengan nahas yang hampir meragut nyawa mereka.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, sebuah bas ekspres yang membawa 29 penumpang itu terbabas sebelum memasuki longkang di Kilometer 5, Jalan Kuala Lipis- Benta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, bas ekspres berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur sebelum terbalik di laluan itu pagi semalam.

"Siasatan awal dijalankan mendapati, kejadian kemalangan berkenaan dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan.

"Akibatnya, bas ekspres yang membawa 29 penumpang termasuk lima orang pelajar berkenaan terbabas sebelum terbalik dan memasuki parit," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Razak berkata, tiga daripada 29 penumpang bas itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Lipis.

"Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, Inspektor Johnny Anak James Bujang , di talian 09-312 2222 untuk membantu siasatan," katanya.

Abdul Razak berkata, pemandu bas diminta mematuhi peraturan pemanduan dan tidak mengejar masa untuk sampai ke sesuatu destinasi.

"Sikap pemandu bas yang suka tentukan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju menjadi salah satu punca kemalangan berlaku.

"Mereka perlu memahami jumlah kenderaan yang semakin bertambah menjadi salah satu sebab berlaku kesesakan di atas jalan raya terutama ketika menjelang musim perayaan," katanya.

Abdul Razak berkata, para pemandu bas juga perlu membuat persiapan dari segi fizikal dan mental sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved