Sabtu, 13 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Geng Bob Belacan, Petak tumpas

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Geng Bob Belacan, Petak tumpas PETALING JAYA - Geng Bob Belacan dan Geng Petak dipercayai terlibat dalam jenayah pecah kereta dan curi barang, tumpas selepas polis memberkas empat lelaki termasuk seorang ketua kumpulan itu dalam dua kejadian berasingan Isnin serta Rabu lalu.

Pada Isnin lalu, tiga lelaki yang juga ahli geng Bob Belacan berjaya ditahan di Persiaran Surian, Kota Damansara, di sini hasil maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya bersama anggota peronda MPV, mengekori ketiga-tiga suspek lelaki itu yang bermotosikal sebelum menahan mereka di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas ketiga-tiganya menemui pelbagai peralatan pecah kereta termasuk palam pencucuh yang digunakan khas untuk memecah cermin kereta.

"Seorang daripada tiga suspek berusia antara 20 hingga 25 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau dan dikesan aktif melakukan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu.

"Kita percaya dengan penahanan mereka dapat menyelesaikan beberapa kes pecah cermin kereta dan curi barang di sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Arjunaidi berkata, polis ketua geng Petak kira-kira jam 11.15 pagi di kawasan tempat letak kereta awam Jabatan Pengangkutan Jalan, Lorong Sultan, di sini pada Rabu lalu.

Menurutnya, turut dirampas bersama lelaki berusia 28 tahun itu, sebuah kereta jenis Peugeot 3008 berwarna putih yang dilaporkan hilang di Damansara pada 29 Mei lalu.

Bapa mati ditetak anak, emak cedera

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bapa mati ditetak anak, emak cedera KUALA NERANG - Tindakannya menegur anak sendiri sebelum berbuka puasa nyata membawa padah kepada pasangan warga emas apabila si bapa yang berusia 60 tahun mati ditetak suspek dengan parang, manakala ibu cedera ditetak di kepala dalam satu kejadian di Kampung Pasir Putih, di sini kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di bahagian dapur rumah mangsa, Saman Sirun, apabila suspek berusia 33 tahun dan bekerja kampung memarahi anak-anak saudaranya yang membuat bising ketika sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa.

Menurutnya, tindakan itu tidak disenangi mangsa yang bertindak menegur suspek supaya tidak memarahi cucu-cucunya tetapi suspek dikatakan naik angin, mengambil sebilah parang lalu terus menetak ke arah bahagian tengah kepala dan pergelangan kaki kanan bapanya.

"Mangsa cuba menghalang suspek dari terus menetak kepalanya dengan menggunakan tangannya, bagaimanapun suspek dikatakan terus menetak tangan mangsa sehingga cedera.

"Suspek turut bertindak menetak ibunya, Hasmah Abdul Majid, 58, yang berada berhampiran tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved