Sabtu, 13 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Najib, Rosmah ditemu bual peguam Anwar

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Najib, Rosmah ditemu bual peguam Anwar KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemu bual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang semalam dan kini berada di tingkat tujuh.

Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, juga hadir untuk ditemu bual.

Anwar berada di situ untuk menghadiri temu bual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temu bual itu.

Najib dan Rosmah hadir semalam untuk ditemu bual ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama, Anwar bertegas mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Difahamkan, Najib dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah jam 3.28 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BN jumpa SPR

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

BN jumpa SPR KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan kaedah terbaik memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, isu pilihan raya bersih dan adil menjadi perhatian dan komitmen parti serta bukan dimonopoli pihak lain semata-mata.

"Kita akan berunding dengan SPR dan pihak lain juga boleh berunding, supaya SPR boleh merumuskan sesuatu kaedah yang boleh menjamin pilihan raya ini tidak boleh dipertikaikan.

"Kita (BN) bersikap terbuka dalam hal ini dan sebarang formula yang baik kita akan bincang dengan SPR. Semoga salah anggapan ini seolah-olah BN tidak memperjuangkan prinsip ini (bersih dan adil) untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dan bebas, BN dapat sangkal sama sekali," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.

Mengenai sidang khas Parlimen dituntut pihak pembangkang, Najib berkata: "Sampai pada masanya kita akan buat sesuatu kenyataan nanti".

Sementara itu, beliau berkata, Dewan Tertinggi BN semalam menerima empat pertubuhan sebagai anggota bergabung BN, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah.

Menurutnya, BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan parti itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved