Isnin, 1 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terengganu lakar sejarah

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Terengganu lakar sejarah KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah, bagi membawa orang ramai menunaikan umrah pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebanyak 10 hingga 15 trip umrah dirancang pada tahun depan bagi membawa penduduk Pantai Timur termasuk Kelantan dan Pahang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Menurutnya, Terengganu sekali lagi melakar sejarah kerana penerbangan umrah kali ini merupakan julung kali dibuat, iaitu penerbangan terus dari Malaysia ke Madinah.

"Kerajaan negeri melihat program ini (penerbangan umrah terus dari LTSM ke Madinah/Jeddah) sebagai langkah bijak untuk agensi-agensi pengendali umrah menjadikan LTSM sebagai pintu gerbang (hab) untuk operasi penerbangan umrah bagi penduduk Pantai Timur," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Majlis Perasmian Operasi Penerbangan Terus Umrah 2011 di LTSM, yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abd Rahman yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir.

Seramai 450 orang mengikuti rombongan umrah itu, melalui :penerbangan terus ke Madinah, pada 7.10 petang semalam.

Melalui program pertama operasi umrah penerbangan terus pada Mac lalu, mereka yang terlibat dibawa dengan pesawat MAS dari LTSM terus ke Jeddah.

Sementara itu, seorang jemaah, Dara Mohamad, 72, dari Kampung Cacar, Paka berkata, dengan penerbangan terus itu, ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Katanya, jika tahun sebelumnya, mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji terlebih dahulu perlu ke Kuala Lumpur dan bermalam di sana, sebelum bertolak ke Jeddah.

"Pada usia emas ini pergerakan agak terhad, dengan adanya penerbangan terus ini, ia dapat menjimatkan tenaga dan masa. Malah dapat menunaikan kewajipan dengan lebih selesa," katanya yang telah beberapa kali menunaikan haji dan umrah.

Hal tersebut disokong oleh anaknya, Mohd Tarmizi Ashaari, 42, yang berkata, usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sangat memudahkan orang ramai untuk menunaikan ibadat.

Selain ibu, dia turut membawa isterinya Zaimah Hamzah, 37, untuk menunaikan umrah.

"Saya dan isteri telah lama berhasrat untuk menunaikan umrah terutama isteri, pada tahun ini barulah impian tersebut dapat dicapai.

"Penerbangan terus memudahkan saya untuk membawa isteri yang mengalami masalah kesihatan dan ibu yang telah lanjut usia.

"Jika melalui penerbangan biasa, mungkin ada kesukaran memandangkan isteri tidak dapat berjalan jauh dan memerlukan bantuan untuk melancarkan pergerakannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved