Isnin, 1 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kedai emas dirompak

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kedai emas dirompak KOTA BHARU - Sebuah kedai emas di Jalan Bazar Buluh Kubu di sini, kerugian kira-kira RM30,000 apabila 10 utas rantai emas yang dijual di kedai terbabit, disamun dua lelaki di sini, semalam.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku ketika salah seorang daripada suspek berpura-pura masuk ke kedai untuk melakukan urusan jual beli emas.

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, seorang daripada suspek yang dipercayai berusia sekitar 30-an masuk ke kedai kononnya mahu membeli emas manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar kedai menggunakan motosikal.

"Selepas masuk ke kedai, tiga daripada enam jurujual di situ segera melayan suspek yang bertanya mengenai emas yang dijual namun perlakuan terbabit hanyalah tipu helah suspek untuk mengaburi mata penjual.

"Suspek kemudiannya mengambil 10 utas rantai emas di dalam meja pameran kaca selepas berjaya memperdaya dan mengalihkan tumpuan kesemua jurujual yang berada di kedai emas tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya bergegas ke tempat rakannya yang menunggu di luar kedai lalu segera melarikan diri menaiki motosikal yang ditunggang seorang lagi suspek terbabit. Azham berkata, polis telah membuat pengecaman wajah suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam kedai tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 kerana mencuri dalam bangunan.

Menurutnya, suspek tidak melakukan sebarang kekerasan dan tidak membawa senjata ketika melakukan rompakan.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika masuk ke dalam kedai, suspek telah bertanya beberapa soalan untuk meyakinkan jurujual seolah-olah dia mahu membeli emas.

"Semasa kejadian, salah seorang dari lelaki itu bertanya tentang harga emas serta upah yang perlu dibayar untuk barang kemas yang ditempah sehinggalah semua jurujual terpedaya.

"Beberapa jurujual disuruh mengambil emas di tempat berlainan dan masa itulah suspek segera mengambil 10 utas rantai itu yang berharga sekurang-kurangnya RM3,000 setiap satu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved