SH |
Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT Selamba merokok depan anak
GEORGETOWN – Baru sahaja Ramadan membuka tirainya, namun sudah ada umat Islam yang mencemarkan kesucian bulan ini dengan tidak berpuasa.
Semalam dengan selambanya seorang bapa merokok sambil memandu kereta dan cermin tingkap keretanya terbuka, lebih memalukan apabila isteri dan dua anak kecilnya juga ada bersama dalam kereta. Dua kereta peronda JAIPP yang pada ketika itu sudah setengah hari melakukan operasi pesalah Ramadan kemudiannya serta merta mengarahkan lelaki itu berhenti ke tepi untuk diperiksa. "Maaf ustaz, saya betul-betul ingat hari ini tidak puasa, hendak ambil tindakan pun tidak mengapa sebab saya memang lupa hari ini puasa', itulah alasan seorang bapa muda setelah ditahan Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Tetapi helahnya itu hanya sementara selepas Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan bertanyakan kenapa dia tidak bekerja hari ini (semalam). Kemudiannya bapa muda itu menjawab 'Hari ini cuti ustaz, cuti peristiwa sebab Ramadan ustaz', jawapannya yang spontan itu menimbulkan rasa lucu dalam kalangan PPA JAIPP dan wartawan akhbar ini. Alasannya lupa hari berpuasa akhirnya 'kantoi' juga kerana pada mulanya dikatakan tidak tahu hari pertama Ramadan, namun lelaki berkenaan tahu pula waktu bercuti ketika bermulanya Ramadan. Bapa yang juga suami seharusnya menjadi contoh kepada anak dan isteri namun, dia pula tidak berpuasa. Beliau menggelabah ketika wartawan merakamkan gambarnya ketika disoal siasat oleh PPA. "Tak apalah saya mengaku bersalah dan boleh ambil kad pengenalan saya," katanya. Lebih menyedihkan kerana ketika operasi dijalankan, anak-anak lelaki berkenaan yang masih kecil bersama dengan isterinya hanya terpinga-pinga melihat keadaan bapanya yang dikelilingi PPA JAIPP. Lelaki yang berusia awal 30-an itu kemudiannya diberikan notis atas kesalahan mengikut Seksyen 15 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 atas kesalahan tidak menghormati Ramadan, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau tidak lebih enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan