SH |
Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT Bekalan barangan asas cukup
TEMERLOH – Bekalan barangan keperluan asas di daerah ini diyakini mencukupi menjelang Ramadan tahun ini walaupun terdapat ura-ura mengatakan beberapa barangan keperluan asas akan mengalami masalah.
Bekalan seperti minyak masak, bawang, gula, ayam dan tepung rata-rata masih berlambak di beberapa buah kedai dan pasar raya sekitar bandar Temerloh dan Mentakab. Tidak ada langsung tanda-tanda kekurangan bekalan yang akan menyebabkan pengguna membuat pembelian panik. Tinjauan Sinar Harian ke Pasar Raya Terus Maju semalam mendapati bekalan semua bahan tersebut masih banyak. Pengarah Urusan Bumi Terus Maju, Herman Darwis berkata, pengguna di Temerloh tidak perlu bimbang dengan ura-ura barangan keperluan akan kehabisan stok kerana sehingga hari ini barangan keperluan asas di Pasar Raya Terus Maju masih banyak. Menurutnya, tidak ada langsung tanda-tanda bekalan seperti bawang, minyak masak, tepung, gula dan ayam akan kehabisan stok kerana pihaknya masih menerima bekalan barangan tersebut seperti biasa. "Memang di awal Ramadan terutama hari ini dan semalam jumlah pembelian pengguna meningkat namun begitu tidaklah boleh menyebabkan barangan yang ada akan kehabisan stok. "Jika berlaku sekalipun pihak kami akan memastikan bekalan barangan tersebut ada di pasar raya walaupun terpaksa mencari dari lain-lain pembekal," katanya semalam. Herman berkata, pihaknya juga akan memastikan barangan asas tersebut terutama bawang yang dijual masih berkualiti. Beliau berkata, pihaknya akan memastikan kualiti barangan khususnya bawang pada Ramadan kali ini baik berbanding bekalan bawang pada tahun lalu yang kurang berkualiti. "Kita jual seperti biasa dan setakat ini tidak ada tanda-tanda bekalan akan habis, bekalan daging pun masih mencukupi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan