Sinar Harian :: Suara Cakna |
Bot sarat pencari suaka dipintas, akan dihantar ke Malaysia Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT Bot sarat pencari suaka dipintas, akan dihantar ke Malaysia MELBOURNE – Sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka telah dipintas di barat laut Australia hari ini dan penumpangnya akan menjadi kumpulan pertama orang asing yang akan dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara kedua-dua negara. Dalam kenyataan hari ini, kerajaan Australia berkata, bot berkenaan yang membawa 54 pencari suaka dan dua anak kapal dipintas HMAS Ararat di barat laut Scott Reef di Laut Timor. Perjanjian yang dimeterai kerajaan kedua-dua negara Isnin lepas memperuntukkan bahawa Malaysia akan mengambil 800 pencari suaka, manakala Australia pula akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen dalam tempoh empat tahun. Menteri Imigresen, Chris Bowen memberitahu Sky News, pencari suaka itu akan dibawa ke Pulau Krismas sebelum diterbangkan ke Malaysia tiga hari kemudian setelah semua urusan mengenainya selesai dilaksanakan. Bowen bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak, khususnya yang tidak diiringi waris, yang menjadi penumpang bot itu, akan turut dihantar ke Malaysia. – Bernama |
Tingkatkan semangat patriotisme, berkorban untuk negara Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT Tingkatkan semangat patriotisme, berkorban untuk negara KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara. Baginda bertitah semangat itu perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta. "Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). "Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan oleh mereka," titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, hari ini. Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia agar bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada para pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang telah mereka tinggalkan. "Beta sangat bersyukur kerana kerajaan beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. " Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerah kepada mereka," titah baginda. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan