SH |
Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT Maut
terhantuk kayu
KUALA TERENGGANU - Hasrat dua sahabat untuk membuat bangsal lembu tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka maut selepas dipercayai terhantuk kayu yang dibawa mereka dalam satu kejadian di Kampung Gong Kijang, Bukit Tunggal, di sini, awal pagi semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, dan mangsa, Rozaman Mamat, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dahi dan retak tempurung kepala dipercayai terhantuk kayu dan jalan raya di lokasi kejadian, manakala rakannya, Nazri Ismail, 33, hanya cedera ringan. Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya itu dipercayai memunggah kayu dalam kuantiti yang banyak menggunakan basikal untuk membuat bangsal lembu. Bagaimanapun, mereka dipercayai gagal mengawal basikal ketika melalui selekoh itu kerana kuantiti kayu terlalu banyak, selain keadaan cuaca ketika itu sangat gelap. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan (gambar) ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tidak mempunyai unsur jenayah. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan