Sabtu, 30 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kesal paten produk di ciplak

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kesal paten produk di ciplak IPOH - Akibat paten produknya di ciplak pihak yang tidak bertanggungjawab, seorang peniaga mahu mengambil tindakan undang-undang akibat tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd, Md Nayan Salleh berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan sebuah syarikat yang membekal sistem penyaringan dan pengasingan sisa makanan, lemak dan gris kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dikatakan meniru produknya.

Beliau berkata, dakwaan itu dibuat selepas melihat sendiri produk yang digunakan peniaga di gerai Dataran MBI bagi menapis dan mengasingkan minyak daripada sisa makanan.

"Saya telah menghantar surat kepada MBI tentang idea dan penggunaan produk yang saya cipta tetapi malangnya sudah ada pihak yang menirunya.

"Paten produk ini telah pun diwartakan sebagai harta intelek dan saya adalah penciptanya," katanya.

Md Nayan berkata, produknya itu dinamakan Simpak dan penciptaan produk itu mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, kejayaan penciptaan Simpak itu mendapat beberapa penghargaan di Bulgaria dan Geneva sebagai produk inovasi yang paling berjaya.

"Saya habiskan masa selama tujuh tahun dan mengeluarkan belanja hampir RM300,000 untuk patenkan tetapi orang lain dengan mudah menirunya.

"Bagaimana saya dan inventor lain mahu mencipta produk yang bermanfaat jika agensi kerajaan sendiri menyokong barangan ciplak?," katanya.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan taksiran kerugian akibat tindakan ciplak itu sedang dilakukan peguamnya sebelum tindakan undang-undang diambil.

Menurutnya, satu laporan juga sedang disiapkan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara berkenaan.

"Mungkin berlaku penyelewengan tetapi tidak menuduh mana-mana pihak sebaliknya saya serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved