Sabtu, 30 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lawatan ke Vatican bawa kesan besar

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Agensi media Barat yang melapor tragedi pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai di Norway minggu lalu awal-awal lagi mengimplikasi pelampau Islam. AFP misalnya memetik kenyataan ketua perisikan polis Janne Kristiansen yang dibuat enam bulan lalu bahawa pelampau Islam adalah ancaman terbesar. Walaupun tiada maklumat sahih ketika itu, AFP memberi gambaran ia ada kena mengena dengan penahanan Mullah Krekar (pemimpin sebuah kumpulan Kurdis, Ansar al-Islam) dan tiga suspek lain oleh pihak berkuasa Norway pada 2010.

Terbukti media Barat bukan saja silap, malah bersikap prejudis. Pembunuh dikenal pasti orang Norway beragama Kristian dan anti Islam. Ini satu lagi bukti kegiatan pelampau dan ekstremis tidak mengenal bangsa atau agama, begitu juga mangsanya. Ia tidak tertakluk kepada orang Islam sahaja.

Banyak kejadian menunjukkan keganasan dilakukan penganut agama lain. Di Amerika Syarikat, al-Quran dibakar, masjid diserang, Nabi Muhammad, dipersendakan dan laman-laman sosial menghina Islam muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ada pemimpin politik yang menganjur peraturan melarang pembinaan masjid di negara itu.

Orang Islam diprofil, dilayan buruk dan ditangkap semberono atas nama keselamatan, mempertahan kerajaan Amerika dan agama Kristian. Tahun lalu, seorang penulis blog Perancis memadam al-Quran yang dibakarnya dengan kencing. Di Eropah, wanita Islam didiskriminasi di Jerman, Perancis, Belgium dan Denmark kerana memakai burqa. Banyak juga kes layanan buruk terhadap orang Islam di Australia.

Inilah perjuangan kerajaan kita, yakni menganjurkan keamanan sosial, kestabilan politik, perpaduan kaum dan keharmonian antara agama. Datuk Seri Najib Tun Razak adalah penganjur Pergerakan Sederhana Sedunia, dan mesej inilah yang dikemukakan dalam pertemuan bersejarahnya dengan Pope Benedict XVI di Vatican pada 18 Julai lalu, yakni kira-kira 10 tahun selepas lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke sana.

Walaupun ada pihak mengkritik lawatan ini sebagai usaha Najib untuk memenangi hati komuniti Kristian berikutan beberapa isu berkaitan agama itu termasuk pembakaran sebuah gereja, penahanan kitab Injil dan penggunaan nama 'Allah', hakikatnya ia diterima baik oleh majoriti penganut Kristian, yang mana 850,000 adalah Roman Katolik. Najib memberi keyakinan semua penganut Kristian - sembilan peratus penduduk negara, ada tempat di Malaysia atas dasar saling menghormati.

Hubungan antara orang Islam dan Kristian di negara ini adalah baik, sejak dulu lagi. Penganut Kristian hidup aman damai dan boleh beribadat dengan bebas kerana dilindungi Perlembagaan. Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yang melaksanakan aktiviti meningkatkan keharmonian antara penganut pelbagai agama. Di peringkat universiti dan golongan intelek, pelbagai dialog peradaban diadakan.

Keputusan jalin hubungan diplomatik dengan Vatican menjadikan Malaysia antara majoriti negara dunia berbuat demikian. Selama ini, Vatican melantik seorang 'apostolic delegate' sebagai perantara berurusan dengan Malaysia.

Mesej utama perjumpaan Najib-Pope Benedict XVI bukanlah mengenai orang Islam dan penganut Kristian, tetapi lebih kepada soal golongan moderat dan pelampau. Seperti tragedi di Norway mahupun perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur tiga minggu lalu, ancaman golongan pelampau dan ekstremis sangat berbahaya. Keganasan dan kerosakan yang mereka lakukan tidak mengenal sempadan. Mereka tidak boleh dibiarkan melaksanakan agenda songsang, mengancam keselamatan orang ramai mahupun merosakkan keamanan, kestabilan dan perpaduan yang telah dibina dan dinikmati selama ini.

Jose Rizal, pengasas negara Filipina, yakni negara Kristian terbesar di Asia Tenggara, mengkritik golongan gereja yang berselindung di bawah nama agama dan menindas para pengikut agama Kristian dengan membina kekayaan. Kritikan Rizal sebenarnya menyingkap ketamakan golongan agama yang bekerjasama dengan kolonial Sepanyol menindas rakyat.

Penduduk Filipina yang kurang pendidikan mudah tertipu dengan manipulasi golongan agama. Dikalangan masyarakat Islam di Malaysia juga terdapat golongan ulama yang mengutamakan agama untuk kepentingan politik seperti yang dirujuk Jose Rizal. Mereka mentafsirkan sesuatu untuk mengabsahkan kebenaran tindakan puak atau parti sendiri..

Di sinilah pentingnya masyarakat mengaplikasikan konsep wasatiyyah yang dianjurkan Perdana Menteri. Beliau mahu golongan moderat Islam memperjuangkan kesederhanaan bagi mengelakkan golongan esktrem menguasai pemikiran rakyat Malaysia dan masyarakat sejagat. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud "Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammmad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu".

Amalan secara sederhana, berimbang dan syumul dalam semua bidang kehidupan termasuk pendidikan, politik, kemasyarakatan dan agama boleh membawa kejayaan dan perpaduan.

Konsep ini adalah inti pati kepada gagasan 1Malaysia yang bermatlamatkan perpaduan nasional. Dengan itu, kita dapat menerima kehadiran para sahabat yang berlainan kaum, agama dan latar belakang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hitung jam tunggu bulan beranak

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mak Bulan sedang sarat mengandung dan jika ia jadi beranak lusa, tulat kita akan mula berpuasa. Setiap kali puasa, banyak perubahan berlaku terutama bagi wanita.

Tidak! Saya tidak bercakap mengenai kegagalan atau kejayaan usaha menurunkan berat badan. Sebabnya, di negara kita yang aman makmur ini, tidak perlu tunggu hari raya untuk melihat gagalnya seseorang (baca: wanita) menguruskan badan. Melihat juadah berbuka sahaja sudah cukup untuk beri jawapan. Apabila tiba hari raya, majlis rumah terbuka akan memakmurkan lagi bentuk tubuh masing-masing.

Apa yang saya maksudkan dengan perubahan ialah jadual harian. Pada bulan puasa, saya percaya ramai wanita berasa lebih terbeban dengan pelbagai tugas tambahan. Orang lelaki bagaimanapun tidak banyak berubah melainkan terawih. Kadang-kadang kedengaran juga suara iri hati, kononnya wanita lebih bertuah kerana ada cuti. Mereka yang rasa begitu barang kali lupa, cuti itu bukan free tetapi perlu diganti. Entah mengapa, hal yang remeh lagi semula jadi seperti itu yang dicemburui...

Kerana cuti, ada suami tergamak buli isteri. Segala kerja rumah awak cuti, awak buatlah sendiri. Saya puasa, penat, kena banyak rehat ... Itulah hujah-hujahnya! Walhal pada hari tak 'cuti' pun, isteri juga yang kena buat itu, buat ini!

Saya percaya, suri rumah sepenuh masa pun sudah rasa terbeban, apa lagi yang bekerja. Tentunya berganda-ganda. Masakan tidak, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, daripada membeli, memasak, menyediakan hidangan berbuka sehingga mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga. Itu belum lagi dikira tugas-tugas sedia ada seperti membasuh kain, melipat kain dan lain-lain tanggungjawab yang berkaitan dengan kain serta yang bukan kain.

Semua tugas-tugas itu, secara tradisinya dianggap oleh lelaki sebagai tanggungjawab wanita, bukan urusan mereka atau kerja bersama. Saya bukan ada mala fide. Orang lelaki, pada bulan puasa, pemikirannya berubah lain sedikit. Inilah masanya mereka akan lebih memikir hal ukhrawi, selalu mahu berada di masjid, berterawih, tazkirah, tadarus dan sebagainya. Selain itu, inilah juga masanya untuk bersilaturahim sesama rakan dan jiran serta bermaaf-maafan.

Akan tetapi, di satu sisi lagi, keinsafan itu biasanya menusuk pada awal Ramadan sahaja. Masuk minggu kedua, lepas berbuka biasanya ramai yang hanya mampu berlingkar macam ular sawa kenyang. Kerana itu, tak hairanlah jika lepas raya, ukur lilit perut bertambah hingga hampir menenggelamkan dada.

Tiba waktu sahur, wanita jugalah yang lebih dahulu bangun memasak atau setidak-tidaknya memanaskan makanan sedia ada. Hanya setelah semuanya sedia, barulah dikejutkan suami dan anak-anak.

Tidak! Saya bukan mengata orang lain seolah-olah segala sikap buruk itu bukan saya. Ini daripada pengalaman, yang ertinya saya sendiri juga begitu. Ya, pada masa menulis pojok ini, barang kali ada insaf sedikit tetapi pada kebanyakan masa, saya sendiri pun lupa. Bukankah kita Melayu yang mudah lupa!

Tetapi setidak-tidaknya, sebelum masuk bulan puasa ini, kita renungi, insaf dan hargailah pengorbanan isteri masing-masing. Jika boleh, pada bulan yang lain, sudah puas kita 'buli' isteri, bulan puasa ini, berilah peluang untuk mereka berehat sedikit.

Kenangkan sahaja, siang hari, mereka bekerja, petang siapkan juadah berbuka, tatkala mereka mengemas dan cuci pinggan mangkuk di dapur, kita pula berlingkar bak ular sawa kenyang di depan TV. Baru mereka nak lelap mata, kita pula kuis-kuis kaki!

Apabila mereka bangun siapkan sahur, kita masih sedap berdengkur. Pengorbanan isteri memang tak boleh diukur (tapi pernahkah mereka merungut di depan suami?). Mujur, sangat mujur saya lahir sebagai lelaki. Jika tidak, mahu saya tak kahwin sampai ke mati!

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved