Selasa, 19 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Pendedah skandal ditemui mati

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pendedah skandal ditemui mati LONDON - Lelaki yang mendedahkan skandal penggodaman telefon membabitkan sebuah akhbar tabloid Britain ditemui mati, kelmarin.

Bekas wartawan tabloid News of the World, Sean Hoare sebelum ini mendakwa bekas ketua komunikasi Parti Konservatif, Andy Coulson menipu mengenai peranannya dalam skandal itu.

Hoare mendakwa Coulson menggalakkan pekerjanya memintas panggilan telefon selebriti bagi mendapatkan berita panas semasa menjadi pengarang di akhbar itu.

Dakwaan Hoare itu menjadi pencetus skandal media di Britain sehingga akhirnya membawa kepada beberapa peristiwa mengejutkan sepanjang dua minggu lalu dan memberi kesan buruk kepada ahli politik, polis dan media negara itu.

Mayat Hoare, 47, ditemui polis pagi kelmarin di rumahnya di Watford dan polis masih menyiasat kemungkinan Hoare membunuh diri selepas mendakwa kematiannya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chechnya haram Red Bull

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Chechnya haram Red Bull

Chechnya - Wilayah Chechnya di Rusia bercadang melarang penjualan minuman tenaga tanpa alkohol seperti Red Bull kepada individu di bawah umur 18 tahun kerana dianggap membahayakan kesihatan.

Larangan itu bakal menjadi peraturan baru di wilayah Islam tersebut di mana kedai hanya dibenarkan menjual minuman beralkohol pada tempoh pendek semasa waktu pagi, kedai makan ditutup semasa Ramadan dan wanita dikehendaki memakai tudung semasa memasuki bangunan kerajaan.

"Minuman tenaga boleh dibandingkan dengan alkohol kerana ia membahayakan kesihatan," menurut Timbalan Menteri Kesihatan Chechnya, Rukman Bartiyev.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved