Selasa, 19 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


JAIS tiada kuasa arah pusat hiburan tutup sepanjang Ramadan

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

JAIS tiada kuasa arah pusat hiburan tutup sepanjang Ramadan

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan di negeri ini tidak beroperasi sepanjang Ramadan.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin, berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang juga bertindak sebagai pengeluar lesen. "Bagaimanapun, JAIS tetap menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 terhadap umat Islam yang didapati melakukan kesalahan," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, hari ini. Marzuki berkata, JAIS juga sentiasa memantau pusat hiburan di negeri ini mengikut bidang kuasa yang ada terutama bagi memastikan umat Islam di Selangor menghormati Ramadan dan tidak terbabit dalam aktiviti maksiat.

Beliau turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya lebih peka terhadap logo halal yang digunakan oleh pengusaha makanan di premis masing-masing.

"Logo halal yang sah adalah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sahaja. JAKIM dan MAIS tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk memberi sijil pengesahan halal," katanya.

Marzuki berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kedai makanan yang sengaja menjual makanan dan minuman kepada umat Islam yang tidak berpuasa sepanjang Ramadan ini.
"JAIS meminta peniaga makanan supaya memulakan operasi jualan mereka mulai 3 petang ke atas bagi mengelakkan perkara itu," katanya.

Beliau berkata, peniaga yang menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa boleh didakwa mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua, katanya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Pada majlis itu, Marzuki melancarkan pakaian seragam dan penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasaan JAIS dalam usaha memberi identiti baru kepada anggota penguatkuasa agar lebih dikenali masyarakat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pegawai TUDM maut dalam kemalangan

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pegawai TUDM maut dalam kemalangan

KANGAR - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru tamat latihan maut manakala tiga rakannya cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Km21, lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, dekat sini, awal pagi ini.

Pegawai Turus Trafik Perlis, ASP Rosli Yahya berkata Lt Muda Mohd Zulhelmi Mohd Yusof, 21, yang beralamat di Permatang Pauh, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 4.30 pagi.

Katanya mereka yang cedera ialah Lt Muda Muhamad Amir Mohamed Arifin, 20, dari Pulau Pinang serta Melati Kamarudin, 20, dan Ku Shahidan Ku Shali, 22, kedua-duanya penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di sini.

Rosli berkata kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan bagi menghantar rakan perempuan mereka itu ke Kangar selepas menghadiri satu majlis di Sungai Petani, Kedah.

Katanya kereta terbabit telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved