SH |
Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT Protes aman isu rumah ibadat
HULU LANGAT – Bosan dengan karenah pihak bertanggungjawab dari peringkat bawah hinggalah kepimpinan tertinggi yang enggan melayan aduan rasmi yang dibuat, satu perarakan aman membantah pembinaan rumah ibadat di kawasan Taman Lagenda Suria, Hulu Langat, diadakan.
Kira-kira 150 penduduk yang mendiami kawasan taman tampil menyuarakan bantahan pembinaan rumah ibadat itu tidak diteruskan kerana ia perlu mengambil kira sensitiviti penghuni taman yang majoritinya beragama Islam. Penyelaras bantahan, Johari Seman berkata, bermula Mac lalu pelbagai aduan rasmi telah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab bermula dari peringkat bawah hinggalah kepimpinan Kerajaan Negeri, namun hingga kini belum ada sebarang maklum balas positif diterima. "Bantahan aman ini bukanlah dibuat secara mengejut atau tanpa perbincangan kerana sebelum ini melalui Jawatankuasa Bertindak Sementara Taman Lagenda Suria, kita telah hantar surat rasmi kepada pihak yang mempunyai kuasa berhubung permasalahan ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan bantahan aman bersama penduduk setempat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0), Ahad lalu. Katanya, taman ini telah didiami pada awal Januari 2010. Penduduk Islam setempat termasuk sekitar Hulu Langat tidak membantah hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Namun, bantahan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada pembinaan tapak rumah ibadat itu di kawasan majoriti 95 peratus penduduknya adalah beragama Islam. "Penganut agama berkenaan di kawasan Dusun Nanding adalah sangat kecil jumlahnya berbanding dengan penduduk Islam. Justeru, penganut agama itu yang datang adalah orang luar yang secara tidak langsung akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. "Tapaknya pula dibina bersebelahan dengan rumah kedai orang Melayu di mana kegiatan agama di situ itu nanti akan ganggu aktiviti perniagaan di situ," katanya. Johari berkata, penduduk mengharapkan tindakan sewajarnya diambil termasuklah cadangan supaya lokasi pembinaannya dipindahkan ke kawasan lain yang lebih sesuai. "Masalah ini perlulah diatasi segera kerana kita bimbang ia akan memberikan kesan negatif kepada penduduk setempat terutamanya dari segi keselesaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan