SH |
Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT Hasrat buat umrah musnah
BUKIT MERTAJAM – Hasrat sekumpulan 15 penuntut dan termasuk dua kakitangan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, untuk mengerjakan ibadah umrah musnah sama sekali selepas ditipu agensi pelancongan.
Pelajar yang mahu dikenali sebagai Zati berkata, mereka sepatutnya mengerjakan ibadah itu pada 24 Julai ini, malah sebahagian daripada kos berjumlah RM19,500 juga sudah dibayar melalui tiga kali pembayaran. :Begitupun, berasakan ada sesuatu yang tidak kena, mereka bertindak melakukan penyiasatan terhadap agensi berkenaan dan melaluinya, mereka menemui beberapa lagi individu yang pernah menjadi mangsa penipuan agensi yang sama. "Apa yang membuatkan kami tertarik untuk menggunakan khidmat mereka kerana pakej yang ditawarkan murah. Malah, kami lebih yakin selepas mengunjungi sendiri cawangannya yang terletak di Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) 16 Februari lalu. "Katanya, kami hanya perlu membayar RM3,965 dan syarikat akan menaja RM2,000 seorang jika mengambil pakej umrah dua minggu itu. Selepas bersetuju, kami mula membuat pembayaran. Tetapi, malangnya, selepas pembayaran ketiga dibuat, mereka sukar dihubungi," katanya. Dia berkata, pembayaran kali pertama dilakukan pada 18 Februari melalui deposit tunai berjumlah RM7,500. Manakala, pembayaran kali kedua berjumlah RM5,500 diserahkan sendiri kepada pengurus cawangan syarikat terbabit pada 5 Mac dan ketiga melalui bank berjumlah RM6,500 pada 25 Mac. Zati berkata, mereka cuba menghubungi pihak syarikat selepas itu, namun talian telefon tidak berjawab. Musykil dengan perubahan itu, dia dan rakannya pergi ke pejabat syarikat terbabit pada 7 Mei lalu, tetapi, malangnya ia tutup. "Kira-kira dua minggu selepas itu, kami pergi sekali lagi dan syarikat itu masih tutup. Kami bertanya dengan pekerja di premis berhampiran dan mereka memberitahu syarikat itu tidak lagi beroperasi sejak 7 Mei. "Tersedar bahawa ditipu dan kami bertindak menghubungi individu bertanggungjawab untuk membatalkan perjanjian dan dia bersetuju untuk memulangkan wang kami pada 10 Jun," katanya. Zati memberitahu, pada tarikh berkenaan sekali lagi tertipu apabila individu terbabit tidak muncul. Nekad mahu menuntut keadilan, dia dan rakan pergi ke ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di Kajang, bagaimanapun terkejut mendapati alamat berkenaan milik sebuah pangsapuri. Rentetan daripada itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Seberang Jaya 13 Jun lalu sebelum memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan