Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Syarat beri ubat antipenolakan secara percuma diketatkan Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT Syarat beri ubat antipenolakan secara percuma diketatkan BANGI – Bermula Januari depan, pesakit yang menjalani prosedur transplan organ di luar negara tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan, tidak akan dibekalkan ubat antipenolakan secara percuma oleh hospital kerajaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu berikutan ramai pesakit yang berbuat demikian terutama di hospital yang tidak diiktiraf, mengalami pelbagai komplikasi. Keputusan ini bagaimanapun tidak merangkumi pesakit sedia ada, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2011, di sini hari ini. Katanya, langkah itu juga bagi menggalakkan rakyat menjalani prosedur tersebut dalam negara memandangkan hospital di Malaysia kini mempunyai kepakaran dan teknologi canggih. Namun kata Tiong Lai, bagi kes-kes tertentu, pesakit boleh mendapatkan kebenaran kementeriannya untuk melakukan transplan di luar negara. – Bernama
|
Sejarah telah buktikan pilihan raya Malaysia adalah adil - PM Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT Sejarah telah buktikan pilihan raya Malaysia adalah adil - PM SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. Katanya, jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas. "Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini. Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya. "Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya. Najib berkata, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu. – Bernama
|
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan