SH |
Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT Padah pasang cermin gelap
KUALA TERENGGANU – Keghairahan pemandu memasang cermin gelap pada kenderaan membawa padah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 218 notis arah periksa cermin gelap, malam kelmarin.
Notis tersebut diberikan melalui operasi bersepadu samseng jalanan bersama JPJ, polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) disekitar bandaraya ini seperti Batu Burok, Kuala Ibai, Chendering dan Batu Enam. Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, melalui notis itu, pemandu diminta membuang cermin gelap pada kenderaan masing-masing dan seterusnya menjalani pemeriksaan di pejabat JPJ dalam tempoh 10 hari. "Kita memberi peluang kepada pemilik kenderaan membuang sendiri lapisan cermin gelap itu bagi mengelak timbulnya sebarang isu. "Sekiranya gagal berbuat demikian, kita akan keluarkan notis ingkar dan kenakan kompaun sebanyak RM200 kerana memasang cermin gelap tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," katanya, di sini semalam. Menurut Abdul Rahman, dalam operasi sama sebanyak 333 saman iaitu 223 saman polis dan 110 JPJ dikeluarkan kepada pemandu kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti cukai jalan tamat tempoh dan tidak mempunyai lesen memandu. Beliau berkata, empat pemandu turut ditahan kerana ujian air kencing menununjukkan mereka positif dadah jenis Methamphetamine manakala empat kenderaan dan 16 pula motosikal disita. Katanya, operasi melibatkan 145 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan itu bermula jam 4 petang kelmarin dan ia berakhir kira-kira jam 4 pagi semalam. Full content generated by Get Full RSS. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan