Ahad, 16 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Sakan inisiatif, sakan pandangan

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Nurul Izzah, Yingluck Shinawatra Malaysia? Tidak mustahil dalam politik Sudah sebulan saya 'berkampung' di London. Tidak ada jerebu, tiada kekaburan fikiran!

Kedua-dua kerajaan - kita dan British – menghadapi perasaan tidak senang, kekecewaan yang meningkat dalam kalangan rakyat atau istilah politik saya 'malaise'. Saya riang musim hawa dingin. United Kingdom (UK), Eropah, Amerika Syarikat (AS) memasuki musim sejuk (sebelum salji) secara rasmi akhir September awal Oktober. Musim autumn di Eropah atau fall (daun gugur) di AS. Kita tiada empat musim seperti UK dan AS: spring (musim bunga), summer (musim panas), autumn dan musim salji atau winter. Kita hanya mempunyai dua tempoh: panas dan hujan. Mutakhir kita ada tiga musim – panas, hujan dan jerebu! Jepun ada tsunami, gempa bumi, typhoon; India, Bangladesh, Pakistan bah, monsun (monsoon) yang menyebabkan banjir kilat berlaku juga musim kemarau yang berlanjutan seperti majoriti negara Afrika yang dilandai musim kontang.

Lazimnya orang British dan Eropah tidak minati musim panas. 'How I hate August', tulis novelis Susan Hill tahun lepas waktu summer hampir tamat. Kemuncak musim panas di Eropah dan England ialah bulan Ogos sebab itu mereka tidak suka bulan itu. Sebabnya banyak. Antaranya saya perturunkan dalam bahasa asal Hill: 'it's the month (yakni Ogos) when everything goes on hold and nobody answers the phone because they are not there (musim panas ramai tuang kerja!) and Americans looking for Buckingham Palace in the wrong place (yakni pelancong AS mencari-cari Istana Buckingham di tempat salah)...the garden is full of wilting flowers. Airports are crammed with people sleeping on their luggage. Holidays abroad in August, bah!' Touris Malaysia dan Asia gemar ke Eropah masa panas. Buat apa ke sana waktu hawa lebih kurang seperti musim panas kita? Satu sebab sahaja saya nampak bagus ke UK dan AS masa summer: membeli belah terutama pakaian musim panas yang amat sesuai dipakai di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan negara ASEAN lain. Sekarang saya gesa orang Malaysia mengunjungi UK dan AS kerana wang tukaran atau foreigh exchange antara Sterling Pound dan AS Dollar dengan Ringgit Malaysia agak murah. Sebulan dahulu RM4.88 atau kurang lebih begitulah untuk 1 Sterling Pound. Semasa kali pertama saya di UK (1962), tukarannya antara $8 – $8.50 Straits Dollars untuk 1 Sterling Pound, Straits Dollars mata wang yang diguna oleh Malaya waktu itu. Apa pun seorang itu akan menjadi produk, asuhan, acuan pendidikannya. Yang berpendidikan di Barat lazimnya mirip kebaratan dan yang belajar di Timur Tengah ke'arab'an.

Ramai manusia British gembira apabila musim panas beredar akhir Ogos – awal Oktober. Dalam musim summer orang British yang berada lazimnya, 'flee to the Highlands of Scotland, which is what I usually do. So long, that is, as you don't expect the sun to shine and are prepared to endure the midges', tegas Hill. Elit Malaysia seperti penjajah British terdahulu, kalau sakan panas pergi 'makan angin' atau bercuti ke Bukit Cameron, Bukit Frasers, Bukit Maxwell (Bukit Larut dan Matang di Taiping), Bukit Bendera di Tanjung. Kami pelajar MCKK sebelum merdeka dibawa dan digalakkan bercuti di tempat-tempat peranginan ini seolah-olah sebahagian latihan awal menyesuaikan diri dengan musim sejuk apabila belajar di UK kelak. Apabila pulang senanglah memasuki iklim, dunia sosial kolonial selepas itu dunia sosial post merdeka dan sekarang globalisasi. Dunia sosial, politik dan ekonomi yang dinikmati majoriti elit Malaysia. Mereka seangkatan dengan saya menikmati peluang ini.

Kawan-kawan di UK – kulit putih juga pegawai kita yang bekerja di UK dan Malaysians diaspora berpendapat perdana menteri Najib Tun Razak harus mengadakan PRU-13 secepat mungkin: sebab dia agak popular sekarang. Kononnya 59 peratus pengundi sayanginya walaupun peratus itu sudah jatuh jauh dari mula-mula dia mengambil alih dari Badawi. Kedua taufan ekonomi mungkin berlaku di Amerika dan Eropah. Kalau ribut ekonomi berlangsung (ramai menjangka begitulah) ekonomi kita yang kini berkembang pada kadar 4 – 5 peratus terancam, akan mudah diperlemahkan lagi. Our economy becomes vulnerable' terang Speaking. Ketiga parti pembangkang dilihat berada dalam keadaan yang kucar-kacir (disarray) terutama PKR. DAP kukuh, PAS stabil. Saya tidak setuju. Kalaulah saya penasihat politik Umno-BN janganlah adakan PRU tahun ini hatta 'musim bunga antara Mac – Jun 2012' pun. Sungguhpun perdana menteri Najib telah mengumumkan berbagai-bagai inisiatif – ISA dimansuhkan dan sakan lagi.

Juga sakan pandangan yang berbeza. Saya rasa dan berharap mereka terus berkhidmat sehingga slogan yang dilaung-laungkan kini 'utamakan pencapaian, rakyat didahulukan' menjadi kenyataan dan tempoh pilihan raya tamat April 2013! Sebelum ke England sebulan dahulu nak jumpa pemimpin Umno pun susah. Di Kelantan tengah sibuk membuat persediaan PRU-13 olok-olok. Speaking berkata, 'good luck to them'. Ingat, inisiatif Najib ini telah pun di 'discounted'kan oleh pengundi yang berfikir dan muda-mudi kerana mereka telah menjangkakan ini semua.

Kononnya Pakatan Rakyat sedang menghadapi jalan buntu. Siapa PM kalau PR menang.

Menanglah dahulu! Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan dipenjarakan teka ramai di dalam dan di luar negara. Saya tidak nampak kenapa Nurul Izzah tidak boleh jadi 'Yingluck Shinawatra' Malaysia? Lebih muda, lebih berpendidikan, lebih rupawan, walaupun mungkin tidak banyak wang seperti Yingluck; apa pula salah dengan Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang? Dalam perlembagaan tidak disebut PM mesti Melayu/Islam. Ku Li masih nak sangat jadi PM. Ku Li bisa dilantik kalau Nurul Izzah, Haji Hadi, Lim Kit Siang agak sukar mendapat sokongan sebulat suara. Ku Li mengikut sok sek sok sek boleh jadi calon yang boleh diterima oleh semua. Apa lagi kalau dia dapat membawa bersamanya ramai MP Umno-BN. Saya tidak nampak langsung pilihan PM isu besar. Gampang. Kata orang seberang. Bisa diatur.

Memenangi pilihan raya sukar diatur tetapi tidak mustahil.

Baik Melayu, Cina, India dan Pribumi di Sarawak dan Sabah sakan menikmati anugerah Allah SWT di bumi Malaysia yang subur dan makmur ini. Pada keseluruhannya kita makmur (relatively speaking that is), aman damai (relatively speaking) dan pentadbiran boleh dikira cekap juga; korupsi (masih boleh ditelan walaupun toleransi rakyat tidak boleh lagi taken for granted). Ramai masih tidak senang dan tenteram kerana mereka tidak mensyukuri apa yang dinikmati dan dikurniakan. Mereka yang tidak puas hati, tidak berterima kasih berhijrah. Penduduk kita kini 28 – 29 juta, 30 – 35 peratus bukan Peribumi tetapi mendahului Peribumi yang berjumlah antara 65 – 70 peratus dalam ekonomi, pendidikan, profesion, separa profesional dan dalam semua bidang industri canggih, kewangan, insurans dan reinsurans.

Kalau yang tidak senang serta mendapati Malaysia mengamalkan quasi-demokrasi yakni separuh demokrasi, demerit bukan meritokrasi kita tidak boleh menahan mereka membuat pilihan suka hati mereka. Semoga mereka ini akan mendapat apa yang mereka kejar di destinasi yang ditujukan. Siapa kata tiada 'ethnic divide' di UK, AS? Sama ada mereka ini buta atau sengaja tidak mahu menerima hakikat hidup.

Saya ingin membaca satu hari sejarah negara kita yang sahih yakni sejarah kemerdekaan yang dianggap lengkap, definitif dan muktamad. Apa pun pelajarilah dari penjajah British dengan menjadikan history satu subjek penting dalam silibus pendidikan kita.

Demo untuk semangkuk bakso

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

PEJABAT kedutaan kita di Jakarta diserang lagi! Rabu lalu kira-kira 650 penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan Jalan Rasuna Said, mencetuskan ketegangan sehingga lampu pecah dan pagar rosak.

Menurut laporan media, tindakan biadab itu turut mencederakan sembilan anggota polis Indonesia yang berusaha mengawal keadaan genting itu.

Tunjuk perasaan anjuran NGO Forum Betawi Rempung (FBR) itu sebagai bantahan terhadap Malaysia kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Pengarah FBR, Edwan Hamidy yang mengetuai tunjuk perasaan itu turut membawa sepanduk bertulis: 'FBR siap mengajari Malaysia cara-cara menjadi negara yang baik'.

Sedap sahaja dia bercakap hendak mengajar Malaysia menjadi negara yang baik. Padahal FBR itu sendiri sepatutnya belajar dahulu cara lebih sopan dan bertamadun untuk berunding, dengan fikiran bukan dengan perasaan.

ADAPUN isu tanah Kalimantan Barat itu dibangkitkan oleh Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), TB Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu.

Tetapi dakwaan tersebut ternyata tidak berasas dan dinafikan empat menteri Indonesia iaitu Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hubungan Keselamatan, Djoko Suyanto; Menteri Luar, Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro.

Kenyataan mereka kepada media: "Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928."

Dengan kenyataan menteri Indonesia itu FBR tidak perlu menyerang kedutaan Malaysia. Kalau pun ada isu, sepatutnya diselesaikan antara kerajaan dengan kerajaan atau 'G2G'.

MENURUT Edwan Hamidy dalam sepanduk ketika berhimpun dan membuat onar di hadapan kedutaan kita di Jakarta: 'FBR siap mengajari Malaysia cara-cara menjadi negara yang baik'.

Apakah selama ini Malaysia tidak baik terhadap Indonesia? Apakah kepala FBR itu tidak tahu – atau buat-buat tidak tahu – bahawa pada ketika ini ada lebih dua juta rakyat Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia?

Apakah dia buta fakta bahawa rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia menghantar berbilion RM untuk membantu kaum keluarga mereka di sana? Mereka berebut datang ke sini sebab di sana mereka hidup melarat papa kedana.

Mereka datang ke sini bukan sahaja mendapat peluang kerja, tetapi juga menikmati kemudahan lain disediakan oleh Malaysia, termasuk perkhidmatan perubatan. Di sana mereka tidak mampu ke doktor, di sini mereka memenuhi katil di hospital kita.

Maka sebelum bersusah-payah payah 'mengajari Malaysia cara menjadi negara baik' ada baiknya Pak Edwan ke Kuala Lumpur melihat sendiri betapa bertuahnya orang Indonesia di Malaysia.

Kata seorang teman dari Indonesia, tunjuk perasaan atau demonstrasi adalah perkara biasa. Ada sekumpulan yang memang diupah oleh pihak tertentu membuat kacau supaya dapat publisiti masuk surat khabar dan TV.

Konon, upah untuk berdemonstrasi hanya sekitar RM10 (kalau tukar RP sudah ribu-ribu!). Malah ada yang sanggup tunjuk perasaan hanya dengan upah semangkuk bakso. Harap-harap Pak Edwan tidak semurah itu!

AKHIR kalam, sebuah buku baru mencetuskan kontroversi. Judulnya 'Sek Islam: Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia'. Kandungannya antara lain menyebut, suami yang berpoligami boleh mengadakan hubungan seks dengan keempat-empat isterinya serentak.

Buku ini dihasilkan oleh Kelab Isteri Taat atau Obedient Wives Club (OWC) yang tidak lama dulu mengeluarkan kenyataan kontroversi, "isteri perlu menjadi pelacur kelas pertama" untuk melayan seks suami. Nampaknya kelab ini hanya tertarik dengan seks, seks, seks! -TOK PERAK

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved