Ahad, 16 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Syarat beri ubat antipenolakan secara percuma diketatkan

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Syarat beri ubat antipenolakan secara percuma diketatkan

BANGI – Bermula Januari depan, pesakit yang menjalani prosedur transplan organ di luar negara tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan, tidak akan dibekalkan ubat antipenolakan secara percuma oleh hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu berikutan ramai pesakit yang berbuat demikian terutama di hospital yang tidak diiktiraf, mengalami pelbagai komplikasi.

Keputusan ini bagaimanapun tidak merangkumi pesakit sedia ada, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu juga bagi menggalakkan rakyat menjalani prosedur tersebut dalam negara memandangkan hospital di Malaysia kini mempunyai kepakaran dan teknologi canggih.

Namun kata Tiong Lai, bagi kes-kes tertentu, pesakit boleh mendapatkan kebenaran kementeriannya untuk melakukan transplan di luar negara. – Bernama

 

 

 

Full content generated by Get Full RSS.

Sejarah telah buktikan pilihan raya Malaysia adalah adil - PM

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sejarah telah buktikan pilihan raya Malaysia adalah adil - PM

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.

Katanya, jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas.

"Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya.

"Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya.

Najib berkata, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu. – Bernama

 

 

 

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved