SH |
Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT Parah ditetak tiga lelaki
BESUT - Seorang lelaki cedera pada bahagian lengan dan dan kedua-dua belah tangan serta badan apabila ditetak, dipercayai oleh tiga lelaki menggunakan senjata tajam di Kampung Kubang Ikan dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 9.10 malam, mangsa yang dikenali sebagai Mohd, 33, berada di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi suspek terbabit. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu disedari bapa saudara mangsa yang tinggal berhampiran apabila mendengar mangsa menjerit meminta tolong. Menurutnya, apabila bapa saudara mangsa keluar dari pintu rumahnya dia dapati mangsa berlari ke arahnya dalam keadaan berlumuran darah dan setelah diperiksa, didapati terdapat beberapa kecederaan pada bahagian badan dan tangan akibat tetakan senjata tajam. "Bapa saudaranya terus mengejarkan mangsa ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja. "Keadaannya kini dilaporkan stabil dan polis sedang berusaha mengesan semua suspek yang sudah dikenal pasti," katanya. Kamaruddin berkata, motif kejadian dikatakan berpunca daripada dendam. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan