Isnin, 12 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cubaan gagal lagi

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cubaan gagal lagi SENAI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan tekong bot untuk membawa 19 pendatang asing tanpa izin (Pati) keluar dari negara ini dengan menaiki bot pancung kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.15 malam ketika bot laju APMM melakukan rondaan Operasi Perkasa Selatan di perairan Pengerang dan mengesan bot pancung dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, bot terbabit memecut laju untuk mengelak ditahan setelah menyedari mereka dihampiri pihak berkuasa, bagaimanapun 15 minit kemudian bot laju APMM berjaya memintas dan menahan kesemua Pati di batu nautika Barat Tanjung Pengelih.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun. Mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah dan cuba keluar dari negara secara haram.

"Selain tangkapan 20 warga Indonesia, APMM Wilayah Selatan juga berjaya merampas sebuah bot kayu berukuran lapan meter panjang dan enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda," katanya.

Katanya, kesemua Pati dan tekong bot yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Maritim Selatan bagi siasatan lanjut.

"Penyemakan dengan jabatan berkaitan akan dilakukan bagi mengetahui sama ada mereka telah mendaftar proses pemutihan atau tidak bagi mengawal kemasukan semula ke negara ini secara haram," katanya.

Semua pendatang yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 5(1)(2) Akta Imigresen 1959/1963 serta Akta Pemerdagangan Orang, Pindaan 2010 keluar/masuk Malaysia melalui pangkalan yang tidak diwartakan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved