Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Jangka sumbang 20 peratus perolehan Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT
Jangka sumbang 20 peratus perolehan Volvo Car Malaysia Sdn Bhd, optimis capai sasaran untuk menjual kira-kira 250 unit Volvo model S60 Turbo terbaru yang dipasang di dalam negara. Syarikat menjangka kenderaan itu akan menyumbang kira-kira 20 peratus kepada pertumbuhan tahun kewangan 2011. Presidennya, Goran Larsson berkata, kereta S60 itu, yang tersedia di dalam dua variasi, iaitu T5 dan T4, akan menyediakan prestasi pemanduan lebih dinamik berbanding kereta Volvo sebelum ini. "Kami menjangka menjual 50 unit kereta T5 dan T4 sebulan pada tahun ini serta tahun depan," katanya semasa majlis pelancaran di Kuala Lumpur. Larsson berkata, syarikat juga berharap mencapai sumbangan 40 peratus perolehan dari kereta S60 pada tahun depan. Katanya, harga jualan kereta T4 ditetapkan RM220,000 manakala T5 berharga RM255,000. |
eTouch tawar pakej menarik di musim perayaan Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT eTouch tawar pakej menarik di musim perayaan
Syarikat telefon bimbit Malaysia, eTouch menawarkan lima pilihan peranti mudah alih menggunakan platform Android sebagai ciri telefon pintar. Tawaran itu, sempena meraikan kedatangan Aidilfitri dan sambutan hari kemerdekaan yang akan menjelang akhir bulan ini. Pengarah Urusan eTouch Mobile, Siew Ai Fern berkata, pakej menarik yang ditawarkan ini memberi peluang kepada orang ramai mengeratkan dan mendekatkan lagi hubungan kekeluargaan dan sahabat handai sepanjang bulan perayaan nanti. "Kemeriahan perayaan boleh diraikan melalui Internet atau telefon walaupun berjauhan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan