Khamis, 18 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

OKU nyaris rentung

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

OKU nyaris rentung TUMPAT – Seorang wanita warga emas pekak dan bisu nyaris rentung bersama cucu saudaranya apabila rumah kayu yang didiami mereka di Kampung Tanjung Che Mas di sini, terbakar pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, kerana terlalu panik, warga emas tersebut, Tion Peck Hing, 59, enggan keluar , terpaku di atas kerusi dan akhirnya menangis teresak-esak di dalam rumah itu walau pun apinya semakin marak membakar sehingga di ruang tamu tempat dia berada ketika berlaku kejadian kebakaran itu.

Dalam keadaan kelam kabut itu, cucu saudaranya, Hong Ee Zhen, 13, cuba menyelamatnya dengan memujuknya keluar tetapi tidak berjaya.

Bagaimana pun, Ee Zhen bertindak pantas menghubungi anak Peck Hing, Chu Ai Reen, 31, yang keluar membeli sayur di Pasar Besar Tumpat yang jauhnya hampir satu kilometer dari tempat kejadian, memaklumkan kebakaran ini.

Ee Zhen berkata, dia turut menghubungi ibunya, Ong Khim Kee, 47, seorang ibu tunggal, yang berniaga di sebuah kedai D Melor di hadapan Maybank berdekatan Pasar Besar Tumpat.

"Selepas menghubungi mereka, saya terus memujuk Peck Hing, dan apabila saya melihat api semakin marak, saya keluar meminta pertolongan, nasib baik ada seorang penduduk kampung datang membantu, tetapi gagal memujuk Peck Hing sehingga ibu saya dan anak Peck Hing pulang, baru dia berjaya dikeluarkan dari rumah itu," katanya yang menyedari kebakaran itu bermula apabila wayar plag televisyen dalam bilik tidurnya terbakar.

Sementara itu, anak Peck Hing, Ai Reen berkata, selepas dia menerima panggilan itu, dia terus bergegas pulang ke rumah.

"Saya berlari dari Pasar Besar Tumpat untuk ke tempat motosikal saya di pakir di hadapan kedai D Melor milik kakak sepupu saya, Khim Kee.

"Dalam masa yang sama, Khim Kee juga bergegas pulang untuk selamatkan anaknya, dan saya pula ketika itu hanya teringatkan ibu saya sahaja kerana dia perlu bantuan tongkat untuk berjalan," katanya merupakan Jurupulih Cara Kerja yang di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ai Reen baru pulang empat hari di kampungnya dan mengambil cuti dua minggu ini semata-mata untuk merawat ibunya, Peck Hing, kerana tidak mampu berjalan akibat penyakit kanser payudaranya yang semakin merebak.

Katanya, ketika kejadian, ayahnya, Chu Joon Ek, 62, juga pekak dan bisu tiada di rumah awal pagi lagi kerana ke rumah saudaranya di Tanah Merah, bagaimana pun dia bergegas pulang selepas dimaklumkan.

Menurutnya, dia sedih kerana rumah peninggalan nenek moyangnya yang berusia 60 tahun hangus terbakar serta mengalami kerugian hampir RM150,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Abdullah Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.45 pagi dan mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Ketika kami tiba, rumah sementara ini hampir hangus 90 peratus, namun anggota bomba seramai lapan anggota dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat dan Pengkalan Kubor berusaha kawal kebakaran daripada merebak ke dapur," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved