SH |
Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT Jangan sampai hilang nyawa
BUNTONG – Hanya menanti mangsa! Selekoh tajam dan sempit di Persiaran Sungai Pari Timur, 14, Taman Mas di sini, dikatakan membahayakan ribuan pengguna yang keluar masuk di persimpangan itu setiap hari.
Seorang penduduk, Chan San Wei, 42, berkata, walaupun sudah berkali-kali mengajukan masalah itu kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) namun tiada sebarang tindakan diambil pihak berkenaan. Katanya, jalan itu menjadi salah satu laluan utama penduduk untuk keluar masuk ke taman berkenaan dan ia akan menjadi sibuk terutamanya pada waktu pagi dan petang. "Penduduk taman ini setiap hari dibelenggu rasa takut untuk melintasi jalan memandangkan ia terlalu sempit dan berbahaya. "Selain itu, pengguna yang menggunakan persimpangan berkenaan kadang-kadang membawa kenderaan dalam keadaan laju dan membahayakan orang ramai terutamanya penjalan kaki," katanya yang telah menetap 15 tahun di kawasan itu. Sehubungan itu, San Wei meminta supaya tindakan segera diambil MBI untuk melebarkan jalan dan persimpangan keluar masuk taman ini agar ia selamat digunakan pengguna. Sementara itu, seorang lagi penduduk, A Ghanasunderam, 45, turut meluahkan rasa kesal akan masalah yang sudah berlarutan sejak sekian lama. Beliau yang sudah 10 tahun menetap di taman itu pernah berhadapan dengan beberapa kemalangan di persimpangan terbabit. "Jalan ini bukan sahaja sempit malah ketiadaan bonggol di kedua-dua bahagian menyebabkan pengguna memandu laju. "Jika bonggol dibina ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kelajuan kenderaan dan papan tanda yang sesuai juga harus dipasang bagi memberi amaran kepada pengguna yang melalui jalan berkenaan," katanya. Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), M Saraswathy berjanji akan mengajukan masalah ini kepada MBI pada minggu hadapan. "Di samping itu, kami akan meminta penduduk untuk menurunkan tanda tangan dalam surat yang berkaitan serta tuntutan penduduk bagi mengatasi masalah ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan