Khamis, 18 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Idea luar gugat Islam

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Idea luar gugat Islam SHAH ALAM – Pemimpin politik di negara ini seharusnya mencari idea dan memilih sistem politik yang tepat, bersesuaian dengan populasi rakyat bukan menceduk sistem barat seperti liberalisme demokrasi.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sikap suka membawa masuk idea luar dalam negara menyebabkan Islam semakin lemah dan kian dimanipulasi musuh.

Menurutnya, sistem liberalisme demokrasi yang memperjuangkan hak sama rata menyebabkan keistimewaan dan hak Islam sebagai agama rasmi tercabar.

"Keadaan politik di Malaysia menyebabkan berlakunya percanggahan pendapat dan berlaku kekeliruan bertindak sama ada memihak perjuang Islam atau rakan sekutu.

"Permasalahan dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu bukan mempolitikkan agama untuk kepentingan peribadi sehingga memecah belahkan bangsa," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan cabaran mendaulatkan Islam dari perspektif pertubuhan bukan kerajaan pada 'Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara' (Semaian) di Masjid Negeri di sini semalam.

Seminar sempena sambutan Nuzul Quran itu dianjurkan bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Dewan Amal Islami (Damai) di Masjid Negeri, semalam.

Hadir sama ke seminar itu ialah Pengerusi Pembela, Yusri Mohamad dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid.

Abdullah Zaik berkata, sistem liberalisasi yang mengurangkan peranan kerajaan dan membiarkan masyarakat mengurus sendiri pemerintahan menjadi kegemaran pihak yang berhasrat menghapuskan Islam.

"Tidak kesemua pemikiran liberalisme ditolak tetapi falsafah dan agenda yang terdapat dalam sistem itu merosakkan agama sehingga menganggap Islam sama taraf dengan agama lain.

"Lebih memburukkan keadaan apabila individu yang memperjuangkan agama di anggap sebagai pengganas dan ekstremis," katanya.

Beliau berkata, sewajarnya undang-undang Islam berada paling tinggi dalam perlembagaan dan sekiranya tidak dapat dilakukan cukuplah jika kuasa yang ada dipertahan agar tidak terus lemah di mata musuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved