Sinar Harian :: Suara Cakna |
Dalami apa itu demokrasi yang sebenarnya Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT |
Saman wanita berhubung rakaman video ketuk-ketuk ketampi diselesai di luar mahkamah Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT Saman wanita berhubung rakaman video ketuk-ketuk ketampi diselesai di luar mahkamah KUALA LUMPUR - Saman terhadap kerajaan oleh seorang wanita yang dipaparkan dalam rakaman video semasa sedang melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006, diselesaikan di luar mahkamah hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu dalam kamar dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak. Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, seorang surirumah, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel), yang didakwa membuat rakaman itu ketika dia sedang melakukan ketuk-ketampi tanpa berpakaian, dan kerajaan selaku responden. Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, yang mewakili surirumah berkenaan, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden. Ditanya mengenai kuantum ganti rugi, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan