Selasa, 26 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Paip bocor, pembaziran air

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Paip bocor, pembaziran air FELDA TRIANG 2 – Jika di kawasan perkampungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Gugusan Bera sering menghadapi masalah gangguan bekalan air, namun apa yang berlaku di sini lebih ditakrifkan dengan istilah pembaziran.

Air bersih berbau klorin itu membuak-buak keluar dari saluran paip bocor menyebabkan kawasan sekelilingnya berlubang.

Penduduk mendakwa paip itu sudah lama bocor tetapi tiada tindakan sewajarnya diambil pihak berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Triang 1, Mohd Sayuti Zakaria berkata, kawasan itu berada di bawah kawasan Ladang Felda Triang 2.

Menurutnya, tidak pasti sama ada penduduk atau pekerja di kawasan itu sudah membuat aduan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) daerah, namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan pihak berkenaan.

"Kalau dibiarkan berterusan, keadaan akan bertambah teruk. Bukan sahaja kepada struktur tanah dan jalan di sini, malahan ia merupakan pembaziran yang sangat teruk.

"Penduduk di kawasan tanah rancangan sering merungut tiada air, tetapi di sini, air bersih dibiarkan terbuang begitu sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Minta JBA pantau

Mohd Sayuti berkata, terdapat beberapa kawasan lain mengalami masalah sama tetapi airnya hanya mengalir di bahu jalan.

Katanya, ia juga satu pembaziran dan seharusnya JBA turun padang memantau paip-paip air atau pembetung yang ada di setiap kawasan seliaan mereka.

"Mungkin mereka perlu turun dari kenderaan untuk meninjau kawasan dan bukannya hanya memantau apabila menerima aduan," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan itu mendapati paip bocor itu tidak dapat dikenali pasti kerana kawasan itu berlubang besar dan tersorok dari pandangan mata kasar, namun apabila turun dari kenderaan, kedengaran seolah-olah bunyi deruan air terjun.

Seorang penduduk, Kamarulzaman Mohd Salleh, 44, berkata, walaupun masalah paip bocor adalah di luar jangkaan JBA, namun masalah itu dianggap sangat serius.

"Masalah ini sudah terlalu lama. Apa yang saya perhatikan, kakitangan JBA sering melalui jalan utama ke kawasan tanah rancangan di sini tetapi mereka tidak perasan dengan masalah ini," katanya.

Jalan tidak diturap

Kamarulzaman berkata, JBA juga perlu memantau kontraktor dilantik setelah kerja-kerja membaiki paip bocor disiapkan mereka.

Katanya, terdapat tiga kawasan dikorek untuk membaiki paip bocor tetapi hanya satu jalan diturap semula.

"Keadaan ini memang membahayakan pengguna jalan raya terutama orang luar. Ada antara kawasan ini pernah berlaku kemalangan dan ia akan berulang jika tiada tindakan diambil," katanya.

Mohon ubah paip

Mohd Sayati turut memohon jasa baik JBA untuk mengkaji semula kedudukan paip yang berada di bawah dan bahu jalan raya.

Menurutnya, kira-kira satu kilometer dari simpang utama Jalan Kerayong-Mayam, terdapat satu paip yang melintasi jalan utama itu.

Katanya, sebelum ini, paip itu bocor di tengah-tengah jalan dan kini ia bocor di bahagian bahu jalan.

"Ia menyebabkan air sentiasa mengalir dan penduduk bimbang jika ia tidak dibaiki, berlaku hakisan air pada jalan tar ini.

"Kemudian, jalan ini akan berlubang sekali gus membahayakan pengguna kerana ia amat sempit lebih-lebih lagi apabila dua kenderaan berat berselisih," katanya.

JBA ambil tindakan segera

Sinar Harian menghubungi Pengurus Cawangan JBA, Hezree Ishak untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Difahamkan, pihaknya tidak pernah menerima aduan mengenai masalah kebocoran paip yang menyebabkan air keluar membuak-buak.

"JBA akan mengambil tindakan untuk kerja-kerja pembaikan terutama masalah kebocoran paip air yang serius itu.

"Namun, saya berharap sekiranya pengguna atau penduduk mendapati ada masalah kebocoran paip atau hal-hal berkaitan dengan JBA, mereka diminta segera membuat aduan supaya tindakan dapat diambil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved