Selasa, 26 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Duda ditahan reman

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Duda ditahan reman KOTA BHARU – Seorang duda yang dipercayai terlibat dalam kejadian menikam bekas isterinya menggunakan sebilah gunting dalam kejadian di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di sini, bulan lalu ditahan reman Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam.

Perintah reman enam hari tersebut dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa di sini, semalam bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek berusia 28 tahun dan bekerja di sebuah hospital, di sini.

Katanya, selepas lebih sebulan menyembunyikan diri, suspek akhirnya menyerah diri di Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini jam 3 petang, kelmarin.

"Perintah reman tersebut berkuat kuasa semalam sehingga 30 Julai dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata," katanya.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan seksaan penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau sebat.

Semalam, Sinar Harian melaporkan selepas lebih sebulan menjadi pelarian kerana dipercayai bertubi-tubi menyerang Hazita Mohamad, 27 dengan gunting, suspek akhirnya datang bersendirian menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

Dalam kejadian 20 Jun lalu itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh orang awam yang berada di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan leher serta terdapat kesan kelar di bahagian mukanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved