Khamis, 28 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Warna Jalur Gemilang ramuan kejayaan negara: Najib

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Warna Jalur Gemilang ramuan kejayaan negara: Najib KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini mengibarkan Jalur Gemilang dengan berkata empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan.

"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral di sini semalam.

Ketika menggariskan empat prinsip itu, Najib berkata, prinsip pertama ialah ketika dalam apa jua keadaan rakyat mesti menyanjung perpaduan nasional kerana ia merupakan tonggak kepada negara, dan prinsip kedua pula untuk menjayakan negara, rakyat mesti mempunyai nilai untuk sama-sama berjuang dan berkorban untuk kepentingan negara.

Bagi prinsip ketiga pula, beliau berkata, untuk mencapai apa sahaja pun, rakyat perlu menghargai nilai keharmonian dan keamanan dalam negara, manakala prinsip keempat, untuk mencapai wawasan negara, rakyat Malaysia mesti menunjukkan akal budi serta keluhuran jati diri yang merupakan satu daripada kekuatan untuk negara.

Beliau meminta rakyat tanpa mengira kaum, status dan agama supaya

mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah, kedai, premis perniagaan, pejabat, kenderaan atau di mana sahaja tempat yang sesuai.

Najib berkata, dengan mengibar Jalur Gemilang, ia secara tidak langsung menunjukkan rakyat memahami nilai kemerdekaan dan taat setia kepada negara di samping membakar semangat patriotik yang tidak boleh diperkecilkan oleh sesiapa pun.

"Mengibarkan Jalur Gemilang menandakan bahawa kita sanggup mempertahankan bumi bertuah ini daripada sesiapa yang mempunyai niat jahat terhadap Malaysia," katanya.

Beliau berkata, walaupun negara akan menyambut ulang tahun ke-54 kemerdekaan tahun ini, ia tidak bermakna negara telah bebas daripada sebarang ancaman.

Katanya, ancaman baru selepas merdeka adalah penjajahan minda yang akan membentuk jati diri masyarakat.

"Dulu kita berjuang mengangkat senjata dan bertempur. Sekarang kita

terhutang budi kepada pejuang yang mengasaskan negara, sama ada berjuang menggunakan senjata atau kepintaran akal dan hujung lidah sehingga mencapai kemerdekaan.

"Generasi dulu banyak berjasa, generasi hari ini perlu meneruskan perjuangan. Itulah sebaik-baik nilai dan erti Merdeka apabila rakyat berjuang habis-habisan untuk lebih berjaya," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelabur terkejut demo Bersih

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pelabur terkejut demo Bersih ALOR SETAR - Demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mengejutkan pelabur Jepun kerana mereka sama sekali tidak menyangka perhimpunan itu boleh berlaku di negara ini yang politiknya dianggap stabil.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dibangkitkan pelabur berkenaan sewaktu kunjungannya ke negara itu dua minggu lalu selain mereka turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaburan mereka di negara ini berikutan demonstrasi itu.

"Mereka bertanya sama ada demonstrasi jalanan akan jadi amalan biasa di negara ini kerana ia sudah mula membimbangkan mereka. Saya cuba meyakinkan mereka dengan berkata, ia hanya berlaku sekali sekala dan kerajaan akan memastikan pelaburan Jepun di negara ini sentiasa terjamin," katanya.

Mukhriz berkata, ada pelabur yang anggap demonstrasi itu tidak masuk akal ke-rana mereka sudah lama mengenali Malaysia dan tahu akan situasi politiknya yang stabil, selain ditunjangi kepimpinan yang baik.

Bagaimanapun, menurutnya, rekod perdagangan dan pelaburan baik melibatkan dua negara masih berupaya mengikat keyakinan pelabur Jepun untuk terus menanam modal di negara ini meskipun keyakinan mereka sedikit terjejas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved