Khamis, 28 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terlepas hukuman gantung

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Terlepas hukuman gantung KUANTAN - Seorang penyelenggara terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 120.94 gram (g) di Cherating pada Jun tahun lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Tan Gin Han gagal membuktikan kes prima facie dalam kes berkenaan.

Tertuduh Khairul Fikri, 23, terus mengangkat kedua-dua tangannya sebelum meraup ke wajahnya tanda kesyukuran. Keputusan itu juga disambut oleh ibu bapanya yang hadir mendengar keputusan penghakiman sambil berpelukan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal daripada Kemaman, Terengganu, didakwa di mahkamah buat pertama kali pada 15 Jun 2010 dan didakwa mengedar dadah tersebut dalam sebuah bilik di sebuah resort di Cherating, di sini kira-kira jam 9.30 malam pada 2 Jun tahun lalu.

Khairul didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata, pegawai penyiasat didapati gagal membentangkan kes di mahkamah dengan sempurna apabila mengabaikan beberapa bukti penting yang menjadi petunjuk utama kes berkenaan ketika dalam siasatannya.

Menurutnya, pegawai penyiasat kes berkenaan yang juga saksi pendakwaan ke-7 (SP7) juga gagal memberi keterangan dengan jelas dan tepat di hadapan hakim menyebabkan mahkamah mempertikai kes berkenaan sekali gus menimbulkan banyak keraguan munasabah.

"Mahkamah mendapati pegawai penyiasat tidak menjalankan siasatan dengan sempurna apabila dia tidak mengesan cap jari pada peket plastik mengandungi dadah yang dipercayai ada sentuhan dengan tertuduh.

"Malah, pegawai penyiasat juga tidak menyiasat dompet yang dipercayai milik tertuduh diperoleh daripada mana," katanya.

Beliau juga memberitahu, pegawai penyiasat juga didapati tidak menyiasat tiga telefon bimbit yang ditemui bersama tertuduh yang boleh digunakan untuk mengesan panggilan keluar masuk menerusi kad SIM telefon bimbit berkenaan.

Menurutnya, SP7 juga dalam keterangannya mengaku tidak menyiasat apa lagi barangan dalam beg galas dibawa tertuduh, sebaliknya hanya menyiasat barangan yang diberi kepadanya tanpa memeriksa kandungan lain yang kemungkinan ada dalam beg itu.

Katanya, SP7 tidak menyiasat lanjut mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian sedangkan dia sendiri bersetuju ia aspek penting dalam siasatannya.

"Mahkamah mendapati terlalu banyak percanggahan ketara dalam keterangan saksi yang bukan saja melemahkan kes tetapi turut tidak berpihak kepada pendakwaan. Percanggahan ini memberi kelebihan kepada tertuduh," katanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama dua minggu dan Khairul diwakili peguam Ahmad Zaidi Zainal, T Kumar dan Kitson Foong,

Sementara itu, bapa tertuduh berkata, dia sekeluarga lega dengan keputusan itu yang membuktikan anak kedua daripada empat beradik itu tidak bersalah, di samping bersyukur kerana anaknya terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.

Menurutnya, pembebasan anaknya itu satu khabar gembira buat mereka sekeluarga menjelang sambutan Ramadan yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved