Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Warga Singapura senyum dihukum mati Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT Warga Singapura
senyum dihukum mati
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura masih mampu mengukir senyuman walaupun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini semalam, kerana mengedar seberat 1.3 kilogram dadah, tiga tahun lalu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan mendapati Ng Yan Seng, 58, bersalah selepas pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan luar munasabah bagi kes itu. Yang Seng didapati bersalah mengedar 376.97 gram heroin, 257.75 gram methamphetamine, 19.23 gram morfin, 667.16 gram ketamin dalam sebuah bilik di rumah sewanya, No. 33 Jalan Kempas, Taman Megah Ria, Seri Alam di sini, pada jam 7.30 malam, 19 November 2008, Di samping itu, dia juga dikenakan hukuman penjara dua tahun kerana memiliki 10.7 gram nimetazepam pada masa, hari dan tempat yang sama. Walaupun dihukum mati, Yan Seng yang memakai baju-T putih berlengan panjang dan berseluar jeans warna biru muda tidak menunjukkan sebarang kekesalan, sebaliknya masih mampu tersenyum. Dalam kes ini, pendakwaan diwakili Ketua Unit Pendakwaan, Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, manakala Yan Seng diwakili peguam, K L Chee. |
Penjual nasi ayam bebas tuduhan bunuh Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT Penjual nasi ayam bebas tuduhan bunuh
AYER KEROH - Seorang penjual nasi ayam dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi, di sini, semalam daripada tuduhan membunuh seorang mekanik sebelum mayatnya disumbat ke dalam but kereta, tahun lalu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Hakim, Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu terhadap Yue Chee Teong, 22, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadapnya. Bagaimanapun, mahkamah perintah empat rakan Chee Teong, termasuk dua remaja, membela diri pada 26 hingga 30 September depan. Penjual sayur, Chua Kim Hock, 21; Choo Cheng Chye, 24, (tukang masak) dan remaja 18 serta 17 tahun, diarah berbuat demikian selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd Aziz, manakala peguam pembelaan terdiri daripada Rengganathan Abdullah, J Armadas dan V Aravindhakshan. Mereka didakwa dengan niat bersama membunuh seorang lelaki Yap Wai Seng, 18, kira-kira jam 11.45 malam, di sebuah rumah di Jalan Johor, Semabok, di sini, 11 Mac 2010. Mereka didakwa ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, yang boleh dihukum mati mandatori, jika bersabit kesalahan. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan