Khamis, 28 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pas berdolak-dalih kelirukan rakyat

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pas berdolak-dalih kelirukan rakyat

KUALA TERENGGANU - Pendirian pemimpin Pas yang berubah-ubah terhadap cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pemimpin parti itu seolah-olah risau mereka akan kehabisan modal jika isu itu diselesaikan lebih awal oleh kerajaan.

"Jika isu ini selesai awal, maka mereka sudah tidak ada modal untuk burukkan kerajaan sekarang dan terpaksa mencari isu baru pula," katanya, hari ini.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian selepas menutup program Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Antarabangsa 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang hanya tahu bantah keputusan kerajaan: Najib

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang hanya tahu bantah keputusan kerajaan: Najib

PENDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak pembangkang akan sentiasa membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan bagi menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, apabila kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya, mereka akan mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal, pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.

"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan.

" Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka. Mereka bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambahbaik sistem, mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem itu," katanya selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

"Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya...anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi)," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved