Ahad, 31 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ashraf @ Aleesha meninggal dunia

Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ashraf @ Aleesha meninggal dunia KUALA TERENGGANU – Hasrat Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, untuk berjumpa semua ahli keluarganya tidak kesampaian apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 pagi semalam.

Mohd Ashraf Hafiz atau lebih dikenali sebagai Aleesha dalam kalangan ahli keluarganya, dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada jam 3 pagi kelmarin.

Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah, 51, berkata, sikap Mohd Ashraf Hafiz yang suka menyebut perkataan 'tak sempat' setiap kali bertanyakan sesuatu, merupakan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

Menurutnya, lesen memandu arwah tamat bulan ini, namun ketika diminta memperbaharui lesen itu, dia berkata 'tak sempat', malah dia juga ada berkata dia mungkin tak sempat menyambut hari raya bersama keluarga.

"Dua minggu lalu arwah ada meminta sepupunya menjahitkan Baju Kurung Pahang berwarna merah hati untuk dipakai pada hari raya.

"Yang peliknya, dia menyuruh sepupunya menyiapkan baju kurung itu dalam masa satu hari. Bagaimanapun, dia tidak sempat melakukan perincian labuci di baju itu," katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HSNZ.

Sementara itu ayahnya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak ketiganya itu, namun dia redha dengan ketentuan Ilahi.

Menurutnya, arwah Mohd Ashraf Hafiz seorang anak baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga, malah dia juga amat mementingkan kesihatan, terutamanya aspek pemakanan.

Mohd Ashraf Hafiz mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Berasal dari Seberang Takir di sini, Mohd Ashraf Hafiz memohon menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Kereta rempuh bas

Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kereta rempuh bas ALOR GAJAH - Seorang penyelia syarikat penapisan minyak di Sungai Udang, dekat sini maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan bas Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jalan Kampung Paya Rumput, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Khairol Fazli Suli, 33, tersepit dalam kenderaan dan melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya terbakar semasa pertembungan itu.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Sungai Udang, dekat sini dan kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan ketika memotong sebuah kenderaan di sebuah selekoh.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani berkata, kereta dipandu mangsa juga dipercayai terbabas akibat jalan licin kerana hujan renyai-renyai sehingga termasuk ke laluan bertentangan.

"Pemandu bas berkenaan yang membawa 24 penuntut dan dua pensyarah UiTM dikatakan cuba brek, tetapi gagal mengelak kemalangan itu.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berlaku beberapa letupan kecil, diikuti asap tebal sebelum kenderaan terbabit terbakar," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, pemandu bas berkenaan, Mohd Fadhil Mohd Amin, 46, berkata, semasa kejadian, bas berkenaan dalam perjala-nan dari UiTM Lendu, di sini menuju ke Tanjung Tuan.

"Masa itu hujan renyai-renyai. Setiba di satu selekoh, saya terkejut melihat kereta berkenaan terbabas sehingga memasuki laluan saya.

"Saya tidak boleh nak menge-lak, cuma menekan brek sekuat hati. Bagaimanapun, kereta itu terus meluru laju ke arah depan bas sehingga kedengaran dentuman kuat," katanya.

Menurutnya, semua penumpang dalam bas berkenaan selamat dan keluar menerusi pintu keselamatan selepas asap hitam mula menyelubungi bahagian depan kereta terbabit.

"Saya dan seorang rakan dalam bas berkenaan terus mencapai pemadam api untuk membantu memadamkan kebakaran, sebelum bomba tiba sejurus lepas itu," katanya.

Mohd Fadhil berkata, dia dan orang ramai terpaksa menunggu bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit disebabkan asap terlalu tebal.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin berkata, polis sedang menyiasat kemala-ngan terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved