SH |
Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT 'Boleh adik
berpuasa?'
KUALA LUMPUR – Ramadan kali ini cukup memilukan bagi dua beradik Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10 apabila masih menanggung kesakitan susulan menjadi mangsa simbahan asid 19 Julai lalu.
Ibu kepada dua kanak-kanak terbabit, Ruhasimah Julaili Mansor berkata, Ramadan kali ini bagai direntap melihat keadaan kedua-dua anaknya yang terpaksa menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam tempoh jangka masa yang masih belum diketahui. Bagaimanapun, menurutnya kesakitan kecederaan yang dialami tidak mematahkan semangat mereka, lebih-lebih lagi Shafiq Aiman untuk menjalani ibadah puasa. "Adik ada tanya boleh tak jika dia nak berpuasa bulan Ramadan kali ini, tapi saya cakap macam mana nak puasa, adik perlu makan ubat untuk cepat sembuh. "Dia memang teruja setiap kali menjelangnya Ramadan kerana kebiasaannya akan diberi upah sebagai duit raya oleh atuk mereka," katanya kepada Sinar Harian. Ruhasimah berkata, dia terpaksa menjalani ibadah puasa pada tahun ini di hospital memandangkan kedua-dua anaknya perlu dirawat dalam tempoh waktu tertentu bergantung kepada perkembangan mereka. Katanya, kedua-dua anaknya kini dalam keadaan stabil dan sudah menjalani tiga pembedahan membuang kulit mati sepanjang seminggu menjalani rawatan di HKL. "Keadaan kulit muka mereka nampak kemerah-merahan selepas pembedahan membuang kulit mati dilakukan dan sebahagian besar badan Shafiq Aiman yang melecur akan ditampal kulit dari bahagian lain,"katanya. Sementara itu, berkongsi perasaan berhubung pelaku yang dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan empat sebatan Mahkamah Seksyen 26 Julai lalu, Ruhasimah berkata, dia mahukan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah terbabit agar setimpal dengan apa yang ditanggung anaknya. Ruhasimah turut bimbang sekiranya pelaku akan mengulangi perbuatan tersebut ke atas orang lain sekiranya dia dibebaskan kelak. "Apa yang saya harapkan kini agar anak-anak saya dapat sembuh dengan sempurna tanpa kesan yang boleh memberi impak buruk kepada kehidupan mereka akan datang,"katanya. Difahamkan setakat ini belum ada agensi kerajaan , swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil melawat dan memberi bantuan. Bagaimanapun, sokongan saudara mara serta jiran sekampung yang datang melawat dan memberikan semangat kepada kedua-dua beradik menempuh kehidupan akan datang. Dalam pada itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, tempoh masa selama lima ke enam bulan diperlukan sebelum pembedahan plastik dijalankan ke atas dua beradik berkenaan. Katanya, kos pembedahan akan ditanggung hospital 100 peratus disebabkan mereka pelajar sekolah dan mendapat pengesahan sekolah. Kedua-dua beradik itu parah selepas menjadi mangsa simbahan cecair asid seorang lelaki ketika menunggang basikal ke rumah rakan untuk belajar secara berkumpulan pada jam 8.30 malam di Felda Kesumba Jengka 9, Maran, Pahang. Suspek yang juga jiran mangsa menyimbah asid dipercayai cuka getah ke arah mangsa menyebabkan kedua-dua mangsa parah di muka, mata dan badan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan