Ahad, 31 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lanjut tempoh daftar: Bukan makna tunduk kepada majikan

Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lanjut tempoh daftar: Bukan makna tunduk kepada majikan

KLUANG – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah melanjutkan tempoh pendaftaran pekerja asing bukan bermakna kerajaan tunduk kepada desakan pihak majikan.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu dilakukan kerana kerajaan mahu melihat keputusan terbaik hasil pelaksanaan pendaftaran tersebut.

"Bukan tempoh yang menjadi pertimbangan, sebaliknya penyelesaian kerana saya sudah kata kita buat biometrik kerana dunia globalisasi membawa ancaman yang sangat dahsyat, termasuk keganasan, penyeludupan senjata termasuk dadah.

"Bukan sama ada kita tunduk (kepada majikan) atau tidak, hendak tunjuk kuasa ke apa. Yang penting, kita hendak tengok hasilnya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau dalam Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.

Beliau juga berkata, selepas ini, majikan tidak lagi boleh memberi alasan tidak mendaftarkan pekerja asing kerana tempoh telah dilanjutkan, dan mereka dinasihat berbuat demikian secepat mungkin.

Menurutnya, pelaksanaan pendaftaran menggunakan sistem biometrik membolehkan kerajaan menangani pelbagai masalah, termasuk mencegah kemasukan individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga Indonesia dibunuh kekasih di Johor Bahru

Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT

Warga Indonesia dibunuh kekasih di Johor Bahru

JOHOR BAHRU - Seorang warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ana dipercayai dibunuh oleh kekasihnya di rumah tempat mereka tinggal di Kampung Rumah 10, Plentong hari ini.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh suspek yang juga kekasihnya warga Indonesia yang dikenali sebagai Edy, 28, itu bekerja sebagai jurulektrik kini telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila jiran-jiran mendengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong yang kemudiannya melihat lelaki itu sedang memukul mangsa namun diberi amaran oleh suspek agar tidak masuk campur dalam urusan mereka.

"Polis masih menyiasat punca kematian dan motif sebenar pembunuhan tersebut. Punca kematian Ana hanya akan diketahui selepas selesai bedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Saifi Abdul Hamid.

Menurutnya, pasangan berkenaan baru sahaja sebulan menetap di kampung itu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail sementara kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved