Jumaat, 3 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jihad dalam konteks Malaysia

Posted: 02 Jun 2011 05:00 PM PDT

Baru-baru ini, pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengisytiharkan jihad berikutan laporan ada usaha pihak tertentu ingin menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara. Kerajaan menolak kenyataan ini kerana ia bersifat peribadi. Siasatan masih dijalankan untuk menentukan kesahihan laporan itu. Perdana Menteri memberi perakuan prospek ini tidak akan berlaku kerana Islam tetap agama rasmi di bawah perlembagaan negara dan tidak boleh diubah.

Apakah relevannya jihad dalam konteks Malaysia? Kesanggupan berjihad di jalan Allah dipandang mulia, namun dalam konteks Malaysia, ia mempunyai maksud lebih luas. Kita tidak semestinya mengangkat senjata untuk berjihad, tetapi boleh dilakukan dengan tenaga dan kecerdasan, ataupun harta benda (Surah At-Taubah:88, As-Saff:10 dan 11). Kita perlu cemerlang dalam ilmu pengetahuan, hebat dalam inovasi dan kreativiti serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Kejayaan ini dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

Sumbangan ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dari segi ekonomi dan pembangunan. Dalam negara yang stabil, aman dan makmur, orang Islam bukan sahaja dapat menjalani ibadah dengan sempurna, malah berdaya saing serta dihormati penganut agama dan negara lain.

Jihad juga tidak semestinya berakhir dengan kematian. Rasulullah SAW pernah tercedera tapi tidak gugur di medan perang. Baginda dan golongan sahabat dijanjikan syurga oleh Allah kerana melaksanakan tanggungjawab menyebar agama, membina empayar Islam yang stabil dan kuat sehingga mendahului tamadun Eropah dalam semua ilmu sains, matematik, falsafah, politik, perubatan, perdagangan, industri dan ketenteraan. Selepas baginda wafat, golongan sahabat dan tokoh Islam menyambung perjuangannya.

Perjuangan baginda dicontohi pemimpin negara kita. Datuk Onn Jaafar menyatupadukan umat Melayu-Islam menentang penjajah kafir. Kejayaan Tunku Abdul Rahman mencapai kemerdekaan negara dan mendaulatkan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tun Abdul Razak melancarkan jihad ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru, sekali gus membuka peluang kepada umat Melayu-Islam keluar daripada kepompong kemiskinan.Tun Hussein Onn menaikkan maruah bangsa dan umat Islam dengan menekankan aspek integriti dan pengurusan yang cekap.

Tun Dr Mahathir memulihkan keyakinan masyarakat Melayu-Islam dan menguatkan jati diri mereka dengan konsep Malaysia Boleh, selain menampilkan negara ini di arena antarabangsa.

Tun Abdullah Ahmad Badawi menekankan modal insan Muslim yang berkualiti serta peranan Islam yang seimbang melalui konsep Islam Hadhari.

Datuk Seri Najib Tun Razak kini menumpukan kepada program transformasi yang akan mengubah landskap politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran negara. Berserta Gagasan 1Malaysia dan pendekatan wasatiyyah, matlamat negara ialah mencapai tahap maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Malaysia bakal menjadi negara Islam termaju di dunia. Inilah maksud jihad dalam konteks Malaysia, iaitu bermula dengan memperbaiki diri sendiri, menyatupadukan sesama Muslim, membangunkan sosioekonomi mereka, kukuhkan Kerajaan dan ekonomi negara.

Orang Melayu-Islam mesti bekerja keras, menjayakan hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia negara Islam yang kuat dan melahirkan generasi baru berilmu pelbagai bidang dan berdaya saing. Ini semua fardu kifayah dan memperoleh pahala besar.

Orang yang berjihad secara membuta tuli, sehingga boleh menjejaskan imej agama dan keselamatan umat Islam, itu bukan jihad namanya. Ini termasuk golongan yang mentakfir Muslimin lain sehingga sanggup berbunuhan. Perbuatan ini dikutuk Allah. Tiada jaminan syurga kepada sesiapa yang melakukan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam lain. Jika mati, mereka tidak syahid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Payung emas jadi payung ceti

Posted: 02 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pada diskusi petang editorial Sinar Harian kelmarin, wakil Terengganu beritahu, kes tangkapan khalwat di daerah Dungun naik mendadak pada bulan lalu. Saya tidak pasti sama ada Mei adalah musim penyu bertelur di Rantau Abang dan saya juga tidak pernah tahu sama ada masih ada penyu naik bertelur di pantai itu sekarang.

Namun terlintas dalam fikiran, mungkin ada kaitan bertambahnya kes khalwat di Dungun dengan musim penyu bertelur. Mungkin ada yang ambil peluang datang raptai bulan madu pranikah semata-mata nak tengok telur penyu di Rantau Abang. Mungkin!

Minggu lalu, Dari Menara KL, bos saya, A Jalil Ali menulis hal perlunya seseorang isteri berjiwa besar untuk mendapat payung emas yang besar di akhirat kelak. Pada keluaran sama, kolumnis Berpatah Arang, Yusuf Harun pula seperti berjanji dengan Dari Menara KL, pun mengaitkan lagu Frank Sinatra, "I Did It My Way" untuk mengetengahkan cerita berbaur sama. Pun saya tak pasti, sama ada 'perjanjian' kedua-dua kolumnis ini, juga ada kaitan dengan musim penyu bertelur di Rantau Abang. Apa pun, tajuk seperti ini menarik perhatian lelaki, terutama ahli Kelab 40 dan seangkatan meskipun tentunya tidak bagi wanita.

Apa lagi sekarang ini, ramai yang berkobar-kobar semangat, menjadikan Salih Yaacob sebagai idola. Malah ada yang sanggup jadi protege dengan apa syarat sekalipun, asal saja Abang Jem sudi jadi mentornya semata-mata untuk mendapatkan 'isi'.

Lelaki memang biasanya amat pemurah dalam soal memberi payung emas kepada isteri, meskipun realitinya barang kali sekaki payung pun tidak pernah diberi sepanjang umur perkahwinan. Tapi apabila disebut hal payung emas, mata kuyu boleh terbeliak dan mulut pun langsung bertanya: "Mau payung emas berapa karat?"

Tidak! Saya tidak mengata orang tetapi diri sendiri pun pernah juga jadi begitu - lama dulu. Tatkala melihat keadaan cuaca yang sangat baik - hujan tidak, panas tidak, mendung pun tidak - saya cuba-cuba bertanya kepada isteri sama ada dia mahu 'payung emas' jika saya nak beri. Dengan tidak disangka-sangka, isteri menjawab: "Ya, mahu ..."

Walaupun fizikalnya saya masih duduk menghadap dia pada masa itu, namun fantasinya, diri saya sudah melambung ke langit ketujuh. Saya tidak pasti sama ada pada masa itu, calonnya ada atau tidak, ataupun sekadar calon dalam angan-angan, akan tetapi jawapan isteri ibarat kata, 'pucuk dicita, ulam mendatang'. Saya benar-benar terpana dan berasa dunia ini ana yang empunya!

Selang beberapa minggu kemudian, pun juga melihat keadaan cuaca yang sama - hujan tidak, panas tidak, mendung pun tidak - saya cuba untuk mengemaskan jawapan isteri dengan soalan lanjutan lebih mendalam dan bermakna. Tapi malang... Jawapannya kali ini sudah pusing 360 darjah.

Dalam keadaan berani-berani takut, dan sisa semangat yang hanya sedikit masih tinggal, saya tanya dia, mengapa hari itu kata ok, sekarang sudah tidak ok?

Jawapannya mudah saja: "Saja nak test."

Alamak! Memang, meskipun begitu pemurah sifat lelaki hendak memberi payung emas namun bukan semua isteri sudi terima. Masih ramai tidak kisah atas alasan, payung besi sedia ada pun bocor dan bengkok di sana sini. Hakikatnya, kita masih kekurangan 'isi', tidak macam SY! Seorang kawan cuba memilih waktu terbaik untuk berterus terang kepada isterinya supaya sudi menerima payung emas. Akhirnya tempat yang dia rasa paling 'selamat' di atas muka bumi ini untuk meluahkan isi hati ialah di depan Kaabah. Maka isteri pun dibawa menunaikan umrah. Namun harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari sedangkan jangan kata payung emas, payung besi pun tak sempat dibeli. Sebaik sahaja si kawan menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, bukan kata setuju atau kata restu yang diberi, sebaliknya dia sendiri terpaksa cabut lari. Di tepi Kaabah pun tiba-tiba si isteri dapat semangat payung ceti! Untuk suami yang ada hasrat mahu beri payung emas tetapi tidak sudi diterima isteri, saya ada serangkap pantun:

Cuka sama cuka

Anak Cina main guli

Suka sama suka

Orang lain, apa peduli

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved