SH |
Posted: 02 Jun 2011 05:00 PM PDT Mayat terbujur tepi bengkel
BENTONG – Seorang pemilik kedai membaiki motosikal yang ingin memulakan perniagaan pagi semalam dikejutkan dengan penemuan lelaki terbaring di tepi sebelah kanan kedainya di Simpang Chamang, dekat sini.
Tanpa berlengah, dia terus melaporkan kepada polis kemudian polis peronda tiba lalu memeriksa lelaki yang ditemui dan mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia. Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor berkata, mangsa berumur dalam lingkungan 50-an dan dipercayai seorang penganggur. Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa meninggal dunia secara mengejut. "Siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat. "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis berterima kasih kepada orang awam atas maklumat yang diberi," katanya kepada Sinar Harian. Dalam perkembangan lain, beliau meminta kerjasama orang awam supaya sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat sesuatu yang mencurigakan. Menurutnya, maklumat dari orang awam sememangnya membantu pihak polis menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. "Tindakan orang awam yang hanya mendiamkan diri tatkala melihat kejadian jenayah atau mencurigakan tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya mereka perlu segera bertindak lapor kepada pihak berkuasa. "Tambahan pula, dalam situasi pada hari ini pelbagai dapat dimanfaatkan untuk menyalurkan maklumat kepada polis termasuk penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi Rakan Cop," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan