Jumaat, 3 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ibu tunggal nyaris maut

Posted: 02 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ibu tunggal nyaris maut KOTA BHARU-Seorang ibu tunggal nyaris maut selepas satu das tembakan senapang angin mengena pada buah dadanya dalam kejadian di Kampung Ubi Keling , Taman Nering Jaya dekat Rantau Panjang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi semalam, Miss Laeha Che Soh, 37, seorang warga negara Thailand mengalami kecederaan di buah dada kirinya setelah dua peluru tabur memasuki dadanya itu.

Akibat kecederaan itu, mangsa dihantar oleh jiran-jirannya ke Hospital Pasir Mas kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan sehingga jam 2 petang semalam peluru itu masih belum dikeluarkan lagi, manakala keadaannya dilaporkan stabil.

Mangsa berkata, sebelum kejadian dia tidur bersama anak-anaknya dan terdengar deruman kereta dari arah luar lalu bertindak mengintainya di jendela rumahnya kerana bimbang ada orang ingin mencuri motosikalnya yang menjadi sumber pengangkutan utama untuk menoreh getah.

Bagaimanapun, setelah mengintainya, dalam masa yang sama dia mendengar satu das tembakan serta melihat sebuah kereta melulu laju dan pada mulanya tidak menyangka ditembak tetapi kemudiannya mangsa berasa sakit pada bahagian dada serta melihat ada kesan darah.

"Pada ketika itu baru saya sedar saya ditembak dan terus melaung mengejutkan anak yang nyenyak tidur sebelum menyuruhnya meminta bantuan daripada jiran," katanya ketika ditemui di HRPZ II semalam.

Kejadian tersebut juga turut menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah setelah kematian suaminya sejak dua tahun lalu trauma dan takut untuk tinggal di rumah yang disewanya tiga bulan itu.

"Setahu saya, saya tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa dan tiada mana-mana pihak yang mengganggu kami selama ini, lagipun upah yang saya dapat hanya RM10 sehari. Kenapa ada yang dengki?" katanya.

Lebih menyedihkan juga akibat kejadian yang menimpa ibu kepada tujuh anak itu mungkin dia tidak dapat menoreh untuk seketika dan dia sangat bimbang tentang tiga anaknya masih bersekolah.

"Sudahlah saya miskin, sekarang ini saya ditembak, macam mana dengan anak-anak saya hendak ke sekolah, lagipun sebelum ini disebabkan kemiskinan juga saya terpaksa menyerahkan anak bongsu saya kepada orang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian tersebut.

"Polis mempercayai senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut adalah senapang angin dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved