Sabtu, 15 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


JPN tidak terlibat

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

JPN tidak terlibat

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan Pemuda Pas bahawa pihaknya terlibat dalam isu enam buah bas yang membawa warga asing dari Johor untuk proses pemberian MyKad di sebuah resort berhampiran Putrajaya, Rabu lalu.

Ketua Pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata, pihaknya tidak terlibat dalam usaha membawa kira-kira 240 warga asing berkenaan.

"Kami tidak tahu tentang perkara itu, saya sendiri baru tahu selepas dihubungi pihak media. JPN tidak tahu menahu apa-apa tentang program yang dirancangkan mereka.

"Tiada pegawai saya yang berada di situ. Sebarang urusan pendaftaran dilakukan di kaunter atau pejabat JPN, bukan dibuat di luar," katanya kepada :Sinar Harian:.

Jariah turut menafikan, JPN ada terlibat dengan mana-mana sindiket pemberian MyKad kepada warga asing.

"Tiada sindiket, dalam apa juga bentuk untuk memberikan kad pengenalan MyKad biru kepada kumpulan itu," katanya.

Beliau berkata, memberi kerakyatan bukan sesuatu perkara mudah, perlu syarat yang ditetapkan.

Rabu lalu, Pas mendakwa mengesan satu operasi berupa cubaan memberikan MyKad kepada sekumpulan warga asing dari Johor menaiki enam bas.

Timbalan Pengerusi Lujnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda Pas, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya mengekori pergerakan rombongan berkenaan sehingga kenderaan mereka berhenti ke sebuah resort di Kampung Desa Putra, Sepang.

Adram berkata, ketua rombongan terbabit memberitahunya kesemua warga asing itu dibawa untuk kursus keusahawanan.

"Pasukan perisik Pas turut melihat kelibat beberapa pegawai kerajaan di situ. Kami ada rakamannya. Kami percaya ada cubaan memberikan MyKad kepada mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Saran segerakan akta murtad

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Saran segerakan akta murtad

SHAH ALAM - Akta murtad perlu diwujudkan segera bagi menjaga kesucian agama di samping menghalang usaha pihak tertentu memesongkan akidah umat Islam.

Fellow Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, akta itu perlu segera diluluskan kerana Islam adalah agama rasmi.

"Perkara ini terkandung di dalam Fasal 3 Perlembagaan Malaysia, iaitu agama Islam adalah agama Persekutuan. Fasal 3 ini menjadi asas kepada negara sejak merdeka lagi dalam usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

"Kewujudan akta ini dapat menghukum individu yang didapati bersalah memurtadkan orang Islam, sekali gus memberikan peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kesucian Islam di Malaysia," katanya.

Menurutnya, kaum bukan Islam tidak perlu bimbang ke-rana akta murtad ini hanya berlandaskan semangat pa-yung negara di bawah Fasal 3 Perlembagaan Malaysia.

"Akta murtad ini juga dapat mengukuhkan peranan institusi raja berperlembagaan, hak kedaulatan dan kuasanya kerana sultan dan raja adalah ketua agama.

"Organisasi seperti Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri juga akan diberi kuasa menjalankan gerakan dakwah apabila undang-undang murtad ini diwujudkan," katanya.

Terdahulu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendesak kerajaan meluluskan akta murtad bagi menyekat mana-mana pertubuhan agama bukan Islam daripada mempengaruhi umat Islam supaya memeluk agama mereka.

Katanya, kerajaan harus bersikap tegas terhadap pihak atau kumpulan yang wujud atas platform pergerakan agama, tetapi mengambil kesempatan mempersoalkan kesucian Islam serta mempengaruhi orang Islam memeluk agama lain.

Tambah beliau, tindakan bertolak ansur dengan pihak-pihak terbabit hanya akan memberi ruang kepada mereka mendorong lebih ramai orang Islam murtad.

Irmohizam berkata, di dalam cabaran globalisasi yang semakin hebat, pengenalan akta murtad secara tidak langsung akan menghalang segala aktiviti memesongkan akidah umat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kewujudan undang-undang murtad itu bukan untuk dipolitikkan, tetapi bagi memelihara kesucian Islam dan pentakrifan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.:

"Usaha ini harus digerakkan secara bersama bukan hanya oleh golongan ulama, tetapi seluruh pemimpin dan juga raja-raja Melayu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved