Sabtu, 15 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Hati-hati sindiket bomoh palsu

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Hati-hati sindiket bomoh palsu

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan melibatkan bomoh, mendakwa kononnya mampu menyembuhkan penyakit.

Sindiket itu terdiri daripada lelaki dan wanita, dipercayai memperdaya wanita dengan lakonan serta kata-kata pujukan sehingga mangsa terjerat dan menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, dua kes penipuan dipercayai dari sindiket sama di rekodkan sepanjang tahun ini, membabitkan kerugian sehingga RM120,000.

"Tahun lalu, kita terima lima aduan membabitkan kerugian RM400,000," katanya di Wisma MCA, di sini, semalam.

Chong berkata, sindiket berkenaan berpura-pura mendekati wanita dan bertanya jika mangsa mengenali bomoh yang boleh mengubati penyakit.

"Kebanyakan mangsa tidak kenal bomoh itu. Seorang wanita, anggota sindiket itu kemudian tampil dan memberitahu dia kenal bomoh terbabit lalu bersama-sama bertemu dengannya.

"Ketika sedang merawat, bomoh itu akan kata mangsa juga mempunyai masalah kesihatan yang boleh mengakibatkannya maut dalam tempoh beberapa hari," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terpedaya seolah-olah dipukau, mengikut arahan sindiket berkenaan, apabila diminta untuk memasukkan wang tunai dan barang kemas ke dalam sebuah beg sebelum disimpan di tempat yang ditentukan, beberapa hari, bagi menyembuhkan penyakit.

"Mangsa hanya dibenarkan buka beg itu, selepas tamat tempoh. Ketika itu, mangsa menyedari tertipu selepas mendapati beg tersebut cuma ada air mineral.

"Baru-baru ini, dua suspek sindiket berkenaan sudah diberkas polis, tetapi individu yang pernah menjadi mangsa sebelum ini risau kerana masih ada lagi penjenayah yang masih bebas," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PDRM sentiasa pantau penjenayah lolos

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

PDRM sentiasa pantau penjenayah lolos

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak pernah lepas tangan terhadap penjenayah atau orang buruan yang lari ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis negara ini melalui Polis Antarabangsa (Interpol) sentiasa memantau semua maklumat serta pergerakan berkaitan suspek buruan yang lolos ke luar negara.

Beliau berkata demikian, ketika ditanya berhubung isu suspek dikehendaki Kher Tian Hock, 33, yang lari dari tahanan sejak tujuh tahun lalu kerana dituduh merogol gadis yang ketika itu berusia 17 tahun di Jalan Kebun Klang, pada 8 September 1999.

Tian Hock didakwa melarikan diri ke luar negara, tetapi bebas keluar masuk negara ini, sejak beberapa tahun lalu, tanpa dikesan. Bagaimanapun, dia akhirnya ditahan polis minggu lalu, selepas dipercayai terbabit dalam kes melarikan kereta milik pengurus hotel di Jalan Klang Lama baru-baru ini.

Mohd Bakri berkata, dalam menangani masalah penjenayah melarikan diri ke luar negara, PDRM mengambil pendekatan dengan menyediakan alat khas berfungsi untuk mengesan penjenayah yang diburu.

"Alat itu kita beri kepada pihak Interpol bagi membantu mereka menjejaki penjenayah terbabit.

"Selain itu, PDRM juga bekerjasama dengan negara lain seperti Singapura melalui rangka-ian yang ada. Ia lebih mudah untuk kita memperoleh maklumat mengenai kedudukan penjenayah terbabit," katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada pegawai dan anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, kebanyakan penjenayah menggunakan 'jalan tikus' atau jalan-jalan tidak rasmi untuk menyusup masuk ke dalam serta ke luar negara.

"Kita memang pantau dan jika ada maklumat terkini berhubung perkara itu, PDRM akan ambil tindakan," katanya.

Mohd Bakri berkata, beliau berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada polis atau pihak berkuasa bagi membantu penangkapan suspek, sekali gus membenteras jenayah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved