Sabtu, 15 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Janji bantu penduduk

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Janji bantu penduduk KUANTAN – Kumpulan Zhong Cheng Mining (ZCM) semalam memohon maaf kepada semua penduduk yang mengalami masalah akibat kejadian dinding kolam yang pecah di kawasan tapak kilang pemprosesan bijih besi anak syarikatnya, Phoenix Lake Ahad lalu.

Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, jumlah kerugian keseluruhan syarikat ialah kira-kira RM2.5 juta.

Pihaknya turut berjanji memberi bantuan sewajarnya kepada penduduk yang terjejas yang didakwa kurang dari RM100,000 selain sudah membaik pulih jalan dua hari lalu.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, syarikat kami membuat keputusan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk yang terjejas dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai isu banjir Lumpur di tapak kilang anak syarikat Kumpulan ZCM, semalam.

Hadir sama, Pengurus Ladang, Phoenix Lake Sdn Bhd, Sri Jaya Ore Prosesing Plant, Nurhisyam Abdul Manaf.

Menurutnya, kejadian berlaku akibat dinding dari sebuah kolam di kawasan itu pecah dipercayai wujud laluan air bawah tanah dan kemungkinan kapasiti takungan air melebihi had selepas penerimaan hujan di situ dalam tempoh seminggu sebelum kejadian.

Beliau berkata, sehingga kini, kerosakan yang berlaku membabitkan dua rumah, sebuah kedai, lapan trak, tanaman pisang dan tebu yang diusahakan penduduk kampung dan kawasan ladang sawit seluas 12.15 hektar.

Hoe Beng memberitahu, ketika kejadian semua pekerja diarahkan memberhentikan operasi sera-merta selain memaklumkan mereka memindahkan jentera dan peralatan bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Katanya, kolam yang boleh menakung enam juta gelen air itu ialah bekas lombong yang kini dalam peringkat kerja-kerja pengukuhan untuk berfungsi sebagai kolam pemendapan.

"Kita mempunyai tiga kolam di kawasan itu namun dua daripadanya tidak terjejas dan berfungsi dengan baik," katanya.

Selain itu, katanya, Kumpulan ZCM melabur sebanyak RM200 juta manakala 15 peratus daripadanya dibelanjakan untuk pembinaan tiga kolam untuk pemprosesan bijih besi.

Bagi kilang pemprosesan bijih besi di Sri Jaya Maran, matlamat Kumpulan ZCM ialah menjadikannya sebagai kilang mesra alam dan usaha diteruskan dengan mendapatkan teknologi berkaitan dari China.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved