Ahad, 24 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang tetap mahu dakwat kekal

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang tetap mahu dakwat kekal KUALA LUMPUR – Bukan sistem biometrik tetapi dakwat kekal.

Itulah reaksi dua pemimpin kanan pembangkang susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sudah menyediakan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem itu yang dijangka bermula pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak yakin terhadap sistem biometrik kerana tidak ada jaminan pengundi akan mengundi sekali sahaja.

"Sistem ini setakat mengesahkan maklumat warganegara tetapi kemungkinan pengundian dua kali tetap berlaku. Selain itu, adakah mereka (SPR) mampu meletakkan sistem itu di setiap pusat pengundian?" katanya.

Bagi pastikan pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil, kata Salahuddin, SPR perlu penuhi tuntutan Bersih 2.0) terutama dalam penggunaan dakwat kekal.

"SPR jangan berdolak-dalih kerana dakwat kekal terbukti efektif yang digunakan sebahagian negara Komanwel. Itu lebih terjamin," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, sistem biometrik yang akan dilaksanakan SPR tidak dilakukan secara menyeluruh terhadap daftar pemilih sedia ada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wacana inisiatif perjelas kekeliruan

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wacana inisiatif perjelas kekeliruan ALOR SETAR - Pertemuan secara bersemuka antara Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S Ambiga dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam wacana 'Apa Selepas 9 Julai?' anjuran Sinar Harian, Selasa ini, adalah inisiatif baik untuk perjelas kekeliruan antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, wacana itu wajar diadakan sekiranya dapat selesaikan permasalahan.

Mengulas beberapa kenyataan sebelum ini yang mendakwa penganjuran wacana itu ada kepentingan politik, Azizan berkata, apa jua perkara tidak dapat lari daripada pengaruh politik, termasuk program bersifat wacana.

"Sebarang perkara di negara ini sering dikaitkan dengan politik. Contohnya, lawatan Perdana Menteri ke Kedah minggu depan pun ada kepentingan politik. Usaha yang baik teruskan, tak perlu dengar cakap-cakap negatif," katanya.

Wacana siri kelima anjuran Sinar Harian itu diadakan secara percuma di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, 2 petang, 26 Julai ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved