Ahad, 24 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tanda tanya penduduk terjawab

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tanda tanya penduduk terjawab IPOH – Tanda tanya penduduk berhubung tindakan sekumpulan anak muda yang sering keluar masuk sebuah rumah di Lengkok Hillview, Taman Hillview sejak dua bulan lalu terjawab apabila rumah itu diserbu polis, semalam.

Rumah teres yang disewa itu dipercayai dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin dan syabu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi itu, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak turut merampas peralatan dan cecair yang disyaki digunakan dalam kegiatan pemprosesan dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, berat dan nilai rampasan dadah masih belum dapat dikenal pasti kerana masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

"Dua buah kereta jenis BMW dan Proton Wira Aeroback disita dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan haram itu.

"Kami turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita dianggarkan berusia dalam lingkungan 20 ke 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes ini," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Kesemua suspek kini ditahan di IPK Perak dan akan di reman hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Nourey Nasir, 62, berkata beliau selalu melihat rumah terbabit dikunjungi beberapa anak muda namun tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

Namun, beliau yang sudah menetap hampir 40 di kawasan perumahan itu terkejut apabila melihat rumah terbabit diserbu pihak polis.

"Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku di kawasan taman kami dan diharap perkara yang sama tidak berulang kembali," katanya yang juga salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Rukun Tetangga kawasan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved