Ahad, 24 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LZS salur RM14.2j bantu fakir miskin

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

LZS salur RM14.2j bantu fakir miskin SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM14.2 juta untuk diagihkan kepada 19,008 keluarga fakir dan miskin di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM8.9 juta diagihkan kepada golongan miskin manakala RM5.2 juta diagihkan kepada golongan fakir.

"Selangor mempunyai 12,151 keluarga asnaf miskin pada 2011 berbanding 14,058 keluarga tahun lalu manakala asnaf fakir pula ialah 6,849 keluarga berbanding 9,430 keluarga fakir pada tahun lalu," katanya.

Menurutnya, daerah Hulu Langat mencatatkan bilangan paling ramai menerima bantuan iaitu seramai 3,529 keluarga dengan nilai bantuan sebanyak RM2.6 juta.

"Bagi agihan persiapan menjelang Ramadan, bantuan adalah berupa wang tunai iaitu setiap asnaf fakir menerima RM600 sehingga RM1,000 manakala asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan," katanya dalam satu kenyataan media yang dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof sempena Majlis Secangkir Kopi Bersama Media dan Pengumuman Khas Ramadan, kelmarin.

Pada masa sama beliau berkata, kadar zakat fitrah di negeri Selangor bagi 2011 kekal seperti tahun sebelumnya iaitu RM7.

Katanya, pengekalan kadar zakat itu dipengaruhi oleh tiada kenaikan harga beras yang menjadi makanan utama penduduk Selangor di pasaran.

"Kita menjangkakan, pada tahun ini sebanyak RM17.7 juta zakat akan dikutip di negeri ini dan menunjukkan kenaikan lima peratus," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved