Sinar Harian :: Suara Cakna |
Dakwaan peminjam PTPTN disenaraihitam bebas keluar masuk negara Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT |
Tingkat pendapatan petani: FAMA dijenamakan semula 2012 Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT Tingkat pendapatan petani: FAMA dijenamakan semula 2012 SEMPORNA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjenamakan semula Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan fungsi organisasi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh petani. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, melalui penjenamaan semula yang akan dibuat tahun depan, FAMA bukan saja memasarkan hasil petani tetapi juga membantu meningkatkan pendapatan mereka. "Kita nak pastikan supaya FAMA benar-benar dapat memainkan peranan sebagai ejen pemasaran. Maksudnya dia menjadi jambatan penghubung di antara petani dan pengusaha serta pengguna. "Sebagai penghubung, FAMA akan membeli barang terus daripada petani atau ladang tanpa melalui pemborong atau orang tengah dan terus menjualnya kepada pengguna," katanya selepas merasmikan program Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Semporna dan Hari Petani, Penternak dan Nelayan 2011, di sini malam tadi. Noh berkata, melalui pembelian terus itu, harga barangan pertanian akan lebih murah sekali gus turut membantu pengguna. Selaras dengan penjenamaan semula itu, kementerian akan meningkatkan lagi peranan kedai rakyat dan pusat pengumpulan hasil pertanian bagi memastikan petani mudah memasarkan hasil pertanian atau keluaran mereka, katanya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan