SH |
Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT
Tiket 'haram' mula dijual KUALA TERENGGANU – Walaupun tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia Piala 2011 di antara Terengganu dan Negeri Sembilan esok dilaporkan telah habis dijual kelmarin, namun sudah ada individu yang menjualnya di pasaran semalam. Penjualan tiket itu dipercayai dilakukan individu yang membeli secara borong menerusi harga subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, dan menjualnya semula dengan harga hampir dua kali ganda. Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu ibarat menangguk di air keruh dan jelas menunjukkan mereka mahu mengaut keuntungan lebih, memandangkan ramai peminat yang kecewa kerana tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam kerana kehabisan tiket. Tinjauan Sinar Harian di pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini semalam mendapati, terdapat sekurang-kurangnya seorang penjual tiket pasaran gelap berlegar-legar untuk mencari pembeli tiket yang sanggup membayar dengan harga lebih. Difahamkan, tiket yang dibeli pada harga subsidi RM25 itu dijual semula kepada peminat yang gagal membeli tiket kelmarin dengan harga RM45 sekeping, dan masih mendapat sambutan daripada segelintir peminat biarpun mereka terpaksa membayar lebih mahal daripada harga asal. Seorang pembeli yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shafiq berkata, dia terpaksa membeli tiket itu walaupun terpaksa membayar harga tinggi kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir esok. "Sebaik dapat tahu harga tiket habis, saya pergi pejabat Dun dulu sebab orang cakap tiket ada dijual di situ tapi masih belum dapat lagi. "Sebab itu saya terus datang sini (pejabat PBSNT) kalau-kalau masih ada tiket," katanya yang datang bersama seorang rakan. Sementara itu, seorang kakitangan yang bekerja di bangunan itu ketika ditemui turut mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut kerana ia di luar kawalan mereka. Sinar Harian semalam melaporkan penyokong skuad Penyu kecewa apabila tiket perlawanan akhir Piala Malaysia esok sudah habis dijual beberapa jam selepas kaunter jualan mula dibuka pada jam 9 pagi. Full content generated by Get Full RSS. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan